Dunia blog ini selalu saja pelbagal ragam dan suasana..
Untuk menghasilkan entry kadang sekejap saja.. Bezanya cuma adakah entry kita membawa cerita yang boleh ditarik minat orang lain untuk membaca.. Bagi pendapat aku, untuk mengajak orang singgah ke blog kita kadang susah.. Dan kadang senang jika ada kena caranya..
Pertama aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat brader Tubelawak kerana dia yang membuka jalan aku untuk membuat blog.. Hampa kenai tak dia? haha.. neh dia promote blog aku dekat blog dia pada minggu minggu awal blog aku..
terharu kan.. ada org care.. huhu
Dan secara kebetulan, Ben Ashaari menjadi follower aku yang ke 1000, pada masa itu blog aku baru genap sebulan.. Tak sangka dan agak terkezut.. Dan beliau ada membuat entry pasai aku dua kali.. Yang Pertama masuk SINI, dan yang kedua masuk SINI .. dan ini secara tidak langsung juga menaikkan traffic pembaca blog aku..
Aku ada cara tersendiri untuk menaikkan ramai pembaca ke blog jiwa jiwa ini.. Percaya atau tidak blog aku tidak sampai 2 bulan.. Kerana first entry aku bertarikh 16hb Mac 2011.. Di mana rahsianya?
Di sini aku akan kongsikan rahsia kepada hampa semua mcm mana follower aku sehingga masa entry aku di buat ini berjumlah 1404.. Dan pageview aku dah lebih 100 000 untuk tempoh tak sampai 2bulan..
Aku ada beberapa fan page facebook yang fans yang like kebanyakkan lebih dari 10 ribu fans.. antaranya:-
1 - Bahagiakah Aku, Bila Dia Bahagia Walaupun Bukan Dengan Aku 52,600 fans like
2 - Walaupun Saya Sayang Awak Tapi Kita Tak Mungkin Bersama 22,600 fans like
dan ada lebih dari 10 page lagi yang fans lebih dari 10 000 fans..
So di sini aku dah nampak di mana pentingnya kita hendak promote blog kita.. Page page tersebut aku sandarkan mengikut tema..
dan aku rasa tak salah kalau aku saling bantu blogger lain untuk menambahkan pembaca.. dan aku buat satu fan page khas untuk promote blog
Fan Page Blogger Malaysia --> sila join dan lepak di situ..
Selain dari itu, cuba kita elakkan entry kita bukan kosong.. ada cerita yang hendak di sampaikan.. Membuatkan pembaca blog rasa suka dan seronok.. Membuatkan pembaca rasa terhibur.. Jangan selalu buat entry berkisah mcm diari kehidupan kita.. Nak makan nak mandi.. semua citer..
Clash gan bf, kucing sakit pun cerita.. opss.. sorry.. itu blog hampa.. huhu.. ikut suka la hampa nak update pasai apa kan.. hehe
Cuba ringankan blog hampa dari letak widget yang tak penting.. Terutamanya music box... serius aku rasa bukan aku seorang sahaja yang tak suka..
Dan yang lain hias blog dengan simple.. tulisan senang baca.. bahasa yang mudah bukan bahasa rojak ewwww atau mat rempit.. warna yang tak menyakitkan mata..
tudia.. kalau aku beleteq sampai tak hinggat dunia.. haha.. dah dah..
Ini entry tak jiwa okey.. so takde sedey sedey ye... terima kasih kerana sudi membaca dan selalu lepak blog aku.. tanpa hampa semua, sape la aku kan.. kan kan