Memang menyakitkan hati dan memedihkan perasaan bila cinta yang di hadir di tolak oleh seseorang.. Namun lebih menyakitkan hati dan lebih memedihkan perasaan bila apa yang di rasakan cinta itu, tiada kekuatan akan diri menyatakan cinta padanya
Menjawap entry sebelum ini Dimana nilai cinta itu jika tiada keberanian? dan di sini beberapa langkah untuk mengenal pasti di mana masa yang sesuai sebelum meluahkan rasa yang hadir..
Berani untuk memperjuangkan apa yang dinamakan cinta yang hadir memerlukan kekuatan dalam diri dan azam yang kukuh.. Sedang hati di lamun mabuk asmara merasakan dunia memerhatinya..
Beberapa langkah perlu di kaji sebelum untuk menyatakan cinta pada seseorang.. Di sini aku mengambil pendekatan apabila seseorang (lelaki) untuk meluahkan rasa cinta itu pada wanita.. Pada pembaca wanita, langkah langkah ini mungkin juga berguna..
Jangan terlalu banyak berharap
Itulah kunci kejayaan utama untuk mendapatkannya atau untuk menakluk hatinya.. Dengan cara begitu dia pula yang akan mengejar kamu.. Bersikap bersahaja dan jangan menaruh harapan tinggi apabila meluahkan rasa cinta itu.. Jangan terlalu berharap cinta kamu akan berbalas.. Simpan sedikit rasa di dalam hati, kerana jika cinta kamu tidak berbalas sekurang kurangnya tidaklah terlalu kecewa..
Kenali Isi Hatinya
Sebelum kamu meluahkan perasaan cinta kepadanya, alangkah baiknya jika kamu mengenali terlebih dahulu akan isi hatinya.. Kenal dari dalam lubuk hatinya.. Kenal apa mahunya.. Kenali apa kesukaan dan perkara yang menjadi kebencian padanya.. Jangan mengambil remeh perkara ini.. Kenallah isi haritinya terlebih dahulu sebelum cuba untuk memiliki hatinya..
Dekati Keluarganya
Biasanya seorang wanita ini suka kalau keluarganya rapat atau akrab dengan kamu.. Sebab itulah kamu harus mendekatkan diri dengan keluarganya.. Mengapa harus takut dan segan jika niat kamu ikhlas untuk memilikinya hatinya.. Jumpalah keluarganya.. Kenali saudara saudaranya.. Dengan cara ini, menunjukkan kamu ikhlas dan secara tidak langsung si dia akan yakin dan percaya pada kamu.. Tidak salah rasanya berkunjung ke rumahnya pada waktu tertentu atau majlis dan mengambil peluang mendekati keluarganya.. Jangan pula tengah tengah malam berkunjung ke rumah ayahnya tanpa alasan yang kukuh..
Lihat Bahasa Tubuhnya
Cuba pahami apa bahasa tububnya.. Jangan memandang pada tubuhnya tapi tengok lagak cara dia memberi isyarat.. Sebagai contoh ketika berbicara dengannya, adakah si dia memandang tepat pada mata atau sambil bercakap tapi mata memandang ke arah lain.. Membawa pengertian berbeza.. Dan cuba selami hatinya dengan memerharti bahasa tubuhnya..
Jangan mendesak
Ini amat penting dan sensitif.. Boleh di katakan semua orang tidak suka di desak dan dipaksa.. Jangan kamu rasakan itu perkara biasa sahaja.. Sebagai contoh, kamu mengajaknya untuk keluar makan bersama sama tapi si dia keberatan dan memberi pelbagal alasan.. Jangan mendesak desak dan membuatnya rimas.. Cuba untuk memberi dia sedikit ruang dan janganlah paksa apa yang tidak disukainya..
Ini cuma sebahagian sahaja apa langkah langkah apabila hendak meluahkan kata cinta itu..Sebagai rujukan semata mata.. Kalau ada yang perlu di tambah sila kongsi bersama..