....Mengapa amat perit dan menyakitkan perpisahan kita? Andai aku sudah melupakan kamu, pasti tiada lagi rindu bertandang.. Tiada saat dalam detik tidak mengingatkan kamu.. Aku mampu lagi tersenyum seolah tiada kesalan yang ku ingat.. Pada hakikatnya amat aku dambakan kamu.. Sampai bila air mata ini berhenti mengalir....
Rasa yang hadir tika setiap kenangan yang datang menjelma membuatkan kita selalu jatuh tersungkur dalam menghadapi realiti, bahagia itu bukan lagi milik kita.. Dan hari hari yang berlalu, melangkah kita dalam kegelapan menuju satu arah yang suram pada kita.. Sedang meronta mencari mana jauhnya pergi satu sinar cahaya dulu pernah kita punyai tapi kita sunyi dalam dakap sepi yang panjang..
Menyimpan kenangan itu sangat menyakitkan,apalagi jika dia tidak menjadi milik kita lagi,yang ada hanya tangis yg selalu menemani sepanjang hari.. Menginginkan pada satu harapan yang masih tertunggak untuk mengikis waktu lama untuk menghilangkan rasa cinta itu..
Kita rebah dalam angan yang tak sudah sudah, meniti peritnya perasaan yang masih tersimpan jauh di dalam jiwa.. Kita lemah dan hanyut dibuai kekecewaan yang dalam.. Masih menjadi satu siulan pada mata yang memandang, menjadi bualan pada telinga yang mendengar.. Dan mata memandang dengan rasa hiba melihat jatuhnya diri kita jauh hanyut mengharungi kepedihan keseorangan..
Terasa dihargai bila diri disayangi dan dicintai.. Walaupun kita tahu tak mgkin cinta kita bersatu bersama lagi.. Namun bahagai itu pernah seketika menjadi milik kita.. Dan kita pernah sama sama pergi jauh mencapai nikmatnya bintang berkelip di kala senja..
Saat kamu juga merasakan cinta antara kamu dan dia.. Dan nyatalah cinta yang hadir antara kamu cuma sekadar menguji dan menyakitkan.. Kerana kamu dan dia cuma bertemu untuk merasakan cinta yang membara.. Bukan untuk bersama.. Simpan saja rasa cinta itu menjadi kenangan lalu.. Doakan kebahagiaan bersama sama..
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan..
Dan kenapa kita selalu saja menyalahkan takdir pabila suatu percintaan itu putus di tengah jalan? Dan kita terasa sudah berakhirnya satu kehidupan kita, dan membiarkan diri menjadi lemah kerana cinta tidak kesampaian.. Mengapa kita terus menyalahhi orang lain setiap yang berlaku..
Sedangkan setiap matlamat dalam percintaan, ada mencari kebahagiaan.. Dan bahagia itu tidak semestinya bersama.. Dan menyintai itu tidak seharusnya memiliki.. Kadang kita salah memberi tafsiran pada hati kita dalam mengenal erti perjuangan mencari cinta yang sebenar..
Seharusnya kita bersyukur dan berterima kasih pada ketentuaanNya.. Kerana kita di uji dalam kehidupan ini.. Ada hikmah yang tersembunyi dalam suratan yang tersirat