Monday, May 16, 2011

Rahsia Mengekalkan hubungan Jarak Jauh (HJJ)




Jarak jauh bukanlah bererti berakhirnya sebuah hubungan kamu dengan si dia. Mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang memaksa kamu berdua berpisah untuk sementara. Oleh itu, kamu perlu melakukan sesuatu supaya hubungan yang dijalinkan berjalan seperti biasa.

Di bawah terdapat lima rahsia untuk mempertahankan hubungan ketika kamu berdua terpisah oleh jarak jauh.


1. TETAP BERHUBUNGAN SETIAP MASA

Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh. Chatting, sms atau email secara teratur adalah salah satu langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan sesebuah perhubungan.


2. LAKUKAN AKTIVITI KESUKAAN

Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana si dia berada jauh dari pandangan. Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa.Jika dahulu kamu tidak mempunyai masa, maka gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin.


3. JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN FAHAM BERPANJANGAN

Jika berlaku perselisihan faham, selesaikan dengan segera, jangan dibiarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit. jangan sesekali mengabaikan mesejnya.


4. TUNJUKKAN PERHATIAN KAMU

Jangan jadikan jauh sebagai alasan! Tunjukkan kepadanya perhatian yang telah kamu berikan. Kirimkan kepada si dia e-card yang lucu, hangat dan menyentuh perasaan.


5. REALITI

Jangan fikir dunia sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya. Ada banyak perkara yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu terpisah. Mungkin keadaan
tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh itu,luangkan masa bersama dan berbincang dengan baik tentang diri kamu semasa terpisah dahulu. Ini adalah jalan terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing.


sumber





Comments
20 Comments

20 Orang Yang Prihatin:

Nurul Jannah said...
This comment has been removed by the author.
SyerAgh said...

wah~ leh praktik nie.. jarak dkat cmner? :D

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
diEyLa said...

kalau yg bercinta jarak jauh yg mmg dr memule tak pernah jumpe tu pe kes plak ek...

liyana_amri said...

Saya dh cuba semua tips di atas memang berkesan...cinta kami cinta jarak jauh yang memaksa kami untuk berjauhan kerana faktor kerjaya dan tanggungjawab masing2...tetapi jarak tidak menjadi alasan untuk kita tidak dapat menjalinkan hubungan yang bahagia bersama si dia...percaya antara satu sama lain memainkan peranan yang utama dalam sebuah perhubungan jarak jauh...

Lulu Caldina said...

thanks untuk info ni..:)

shandye. said...

alhamdulillah... so far so good. walaupun sorang di utara, sorang di kota singa...

tapi skype dgn twitter kan ade?

ngee....

Jahirah said...

mencabar bercinta jarak jauh ni...sgt berguna tips2 tersebut...

eihin said...

thanks for the info..harap hubungan ehin dgn si dia bertambah baik lepas baca info ni..amin

lilymokhris said...

yang penting jujur dan percaya antara satu sama lain.

kazie.khuzaimi said...

gd info la. like.

Nabihah Shahaimee said...

akan ku pratikkan petua yg diberi.....tq bro sbb berkongsi info....:)hehehehehehehehe

dyla delova said...

hubungan jarak jauh sngt tough.tahap kepercayaan memg kene berada pd tahap yg maksimum.loyalty kene full.n yg paling penting understanding n yakin pd hubungan itu.berckp berdasarkan pengalamn yg sedang dilalui.

Cik TeN10 said...

tengah melaluinya skrg.. mmg mencabar.. tp alhmdllah ok je stakat ni.. plg penting trust each other.. :)

Khairunnisa' said...

Well said.

CiK DieL said...

sy pon tgh mengalami nya.. hurmm.. mmg mencabar.. saling pcaya ant. satu dgn yg laen tu yg pnting.. kdg2 ada gk pselisihan fhm.. tu biasa la kn..

Miss Z said...

thanks 4 the info...coz saya juga mengalami situasi PJJ ...

Z said...

best2 !!tol2 !!

yaya mohktar said...

bole bg kt my sister neh,
huahua

Nadiah said...

TQ info2 ini..sy juga jauh..huk3