...Jangan bersedih ketika kita kehilangan cinta, tapi bersedihlah ketika keimanan kita yang hilang.. Itulah kita, lebih memberi keutamaan pada cinta sesama manusia sedangkan bukan itu yang sebenarnya tujuan kita hidup...
Cinta membawa maksud pengertiaan yang berbeza dan meluas bagi setiap orang.. Dan selalu memberi tafsiran mengikut apa yang dirasainya..
Menyintai seseorang tidak semestinya akan memiliki dirinya.. Dan maksud cinta itu sendiri, kita akan melakukan apa sahaja demi untuk melihat kebahagiaan si dia walaupun kadang kita terpaksa mengorbankan jiwamu..
Dan ada kalanya kita harus berhenti menyintai seseorang dan membiarkan cinta kita itu menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup kita.. Kadang kita perlu menerima hakikat, jika tiada jodoh di antara kita dan dia seharusnya kita lepaskan dan lupakan cinta itu kerana lebih baik dari memberi harapan pada hati kita..
Sedangkan kita tahu dan menyedari bahawa orang yang kita cintai lebih bahagia bersama dengan insan lain.. Masa depannya lebih terjamin, mengapa kita terus menyiksa diri kita menanti dan menunggu satu kemungkinan yang pastinya akan sia sia kita lakukan..
Usahlah kita memberi satu keyakinan palsu pada diri sendiri, demi menyedapkan rasa supaya bertahan dan menunggu cinta itu mekar dan di balas dengan cinta jua.. Demi untuk bersama insan yang kamu rasakan perasaan yang hadir itu cinta tapi kamu terus merosakkan diri kamu.. Merosakkan masa dan membazirkan waktu waktu yang berlalu tanpa menerima cinta yang lain seolah tiada mata untuk memandang hati ikhlas menerima kamu seadanya..
Sedangkan umur kamu tidak berhenti begitu saja, terus berjalan tanpa menunggu kamu.. Dan sedang kini kamu masih menyendiri keseorangan dan sunyi yang panjang.. Kerana masih tidak mahu melepaskan perasaan cinta yang tidak berbalas.. Cubalah menerima kenyataan si dia bukan lagi untukmu..
Amat sukar untuk melupakan seseoarang yang pernah bahagia bersama.. Untuk melupakan semua kenangan suka duka itu tidak mungkin tapi kita harus tabah dan akur akan hakikat yang telah kita terima.. Kadang berbicara tentang cinta memang mudah tapi bagi mereka yang melalui saat getir ini amat susah untuk menghadapinya
Berbicara tentang cinta memang mudah.. Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.. Bagi untuk melupakan cinta dalam hati memang perit bagi yang mahu melepaskannya.. Tapi percayalah, cinta bukan segala galanya..
Jangan lah sesekali kita mengatakan kita tidak mahu lagi bercinta atas kerana kekecewaan yg pernah kita lalui, berdoa lah tawakal lah kerana sinar cahaya akan berada bersama kita sikit masa lagi..