Tuesday, May 17, 2011

Jiwa dan aku





Bahagia itu bila kita di ingat dan ada baik pada bicara.. Bahagia itu ialah satu rasa unggul dalam setiap belahan jiwa - ia dakap hidup kita, lenakan segala igau buruk dalam duka dan bahagia itu bila kita bahagia dan kita bahagiakan orang yang memandang kita..

Aku Bersyukur, damai dan berterima kasih kerana di hargai.. Biar betapa kuat sekali anggapan orang atau apa pun mahu fikir, tapi sebenarnya, hidup ini ialah perjuangan dan kasih sayang..


Terima kasih kerana membaca dan cuba untuk memahami.. Jangan kerana luka sedikit, mengalah terus tanpa bertanya.. Hidup kita sebagai manusia penuh kiasan.. Penuh dugaan dan jangan lupa ia juga penuh harapan.. Tapi tidak semua kiasan itu untuk kita dan janganlah memangku rasa untuk kecewa..

Bukan manusia kuat sekiranya kita mengalah dan terluka kerana sedikit bicara.. Terimalah setiap kata-kata ini, sebagai satu gubahan rasa yang amat jujur dan abadi sekali.. Namun untuk marah atau tersinggung selama ini, tidak sama sekali..

Kadang diri ini selalu mencoretkan pendapat dalam pandangan dan kadang selalu di salah erti niat dan luahan.. Aku ada di sini untuk mengumpul kekuatan diri sendiri dalam mengenal jejak manusia.. Kadang aku semakin asyik dengan kata kata memuji.. Membuatkan aku hanyut dalam niat asalku, menulis ini bukan kerana nama..

Buat mereka yang ingin mengenal aku, aku sebenarnya bukanlah seorang yang rajin untuk berbalas komen dan email.. Dan kerap kali, msg di dalam inbox bertanya itu ini.. Di dalam dunia realitinya, aku seorang yang sibuk.. Kerjaya aku membataskan untuk aku terus selalu "online" 24 jam..

Dan ku mengharapkan hasil hasil nukilan yang terhasil ini, bukanlah di jadikan sumber utama dalam kehidupan kita seharian.. Cerita di dalam blog ini haruslah di sandarkan atas pemikaran akal kita.. Kerana aku takut akan kesannya.. Kadang aku salah dan silap dalam memberi satu pendapat dan pandangan..

Sehingga hari ini 17hb May 2011, genablah 2 bulan aku di dalam dunia blog.. Ada duka dan ada suka.. Aku seorang yang biasa biasa sahaja, bukan pakar motivasi di dalam dunia cinta.. Aku seorang suami dan bakal menjadi ayah pada pertengahan June nanti :)



Comments
5 Comments

5 Orang Yang Prihatin:

Makbed said...

oooo... ooo.... bukan bujang ka? aku kuciwa!!!!!

Makbed said...

eh, sama la ngan aku ni. kekekkeke..

anGah said...

erkk... makbed: hahaha... ang neh.. memang la.. hahaha

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...moga dipermudahkan urusan angah n wife ye...suke baca entri2 kat sini.. :)

anGah said...

@Sunah Mohammad thanks :)