Sunday, May 8, 2011

kisah SUAMI ISTERI





kisah SUAMI ISTERI

Asam garam rumah tangga ni biasa la. Kengkadang tergigit jugak lidah tu. Tetapi kalau sama paham memahami, rumah tangga akan kekal aman, Tetapi kisah rumah tangga ni lebih pada kata - kata yang di ucapkan seharian. Mungkin korang yang dah berumah tangga mesti tersenyum kalau membaca kisah ni. Pada yang belum tu akan tersenyum jugak nanti.

DIALOG 1

SUAMI : " Yam. Jangan lupa kejutkan abang pukul 7 pagi ek. Abang ada mesyuarat penting hari ni. Jangan lupa tau."
ISTERI : " Yam akan kejutkan abang pukul 5.30 pagi. Abang toksah risau"
SUAMI : " Eh eh! Abang kata pukul 7 pagi bukan 5.30 pagi la"
ISTERI : " Abih tu abang tak semayang subuh ke?"
SUAMI : " Err.... ha... haah kejut pukul 5.30 pagi

DIALOG 2

ISTERI : " Abang! Abang tau tak esok hari apa?"
SUAMI : " Esok hari rabu. Kenapa?
ISTERI : " Takkan abang tak ingat apa - apa kot?
SUAMI : " Ingatttt... mana buleh tak ingat. Kan esok Yam dah janji nak bagi abang pinjam duit sebab abang nak beli motor baru."
ISTERI : " Abang niiii... Esok hari jadi Yam laa..."

DIALOG 3

SUAMI : " Awak ni Yam dah pukul berapa dah ni? Awak tak masak ke?"
ISTERI : " Alaa bang. Yam penat la. Kita makan kat luar je la ek"
SUAMI : " Makan kat luar lagi. Ok laa. Tapi tunggu kejap.
ISTERI : " Eh! Bang! Nak bawak kemana dapur tu ?
SUAMI : " Nak bagi kat jiran sebelah!"

DIALOG 4

ISTERI : " Cantik tak kain - kain ni bang?"
SUAMI : " Cantekkk... Bila awak beli Yam?"
ISTERI : " Tadi. Amik utang pada kak Kiah"
SUAMI : " Hutang lagi! Awak ingat saya ni cap duit ke Yam?
ISTERI : " Pernah ke abang bagi saya duit?"

DILAOG 5

SUAMI : " Hari ni bos abang nak datang makan tengahari kat rumah kita Yam"
ISTERI : " Bos abang nak datang makan? Jadi Yam kena masak la ye?"
SUAMI : " Bulehkan Yam? Jap lagi abang pegi pasar beli lauk"
ISTERI : " Buleh tu buleh bang tapii...
SUAMI : " Tapi apa pulak Yam?
ISTERI : " Abang tau ke pasar tu kat mana?

DIALOG 6

ISTERI : " Cantik tak kain yang saya beli ni bang?"
SUAMI : " Cantik! Awalnya awak beli kain Yam raya kan lambat lagi"
ISTERI : " Saya nak pakai masa dinner opis saya nanti la bang"
SUAMI : " Laa awak nak buat baju ke Yam"
ISTERI : " Abih tu abang ingat saya nak buat apa?
SUAMI : " Abang ingat nak buat langsir tadi"

DIALOG 7

SUAMI : “ Yam. Apsal la awak selalu lambat balik kerja ni.”
ISTERI : “ Saya terpaksa buat overtime la bang”
SUAMI : “ Overtime apanya Yam. Tak cukup ke gaji yang ada”
ISTERI : “ Kalau cukup takde la saya buat overtime bang oi!”
SUAMI : “ Saya ni kan ada?”
ISTERI : “Abang tu memang la ada tapi dah berbulan takde kerja”

DIALOG 8

ISTERI : “ Abang nak kemana tu?
SUAMI : “ Pegi kat kedai depan tu minum teh.”
ISTERI : “ Abang ni macam la kat rumah ni takde teh”
SUAMI : “ Teh tu banyak. Berkilo abang belikan”
ISTERI : “ Abih tu apsal nak minum kat kedai?”
SUAMI : “ Abih tu pernah ke awak buat teh untuk abang?”


by Aku Tak Sabar Nak Kahwin oleh admin RaRa



Comments
4 Comments

4 Orang Yang Prihatin:

cHeNtA cHayAnG nUrUl said...

so funny~~

cikPuanRAihah said...

ramainya follower??ahahaha

cikPuanRAihah said...

toila.aq skit ja kot?ko tu cpt gler dpt follower.hehhehe

cikPuanRAihah said...

bkn org knai aq pon.wkakakakak