Ada lelaki yg status nye 'in a relationship with...' or 'married to....' still ckp kurang kasih sayang, pantang ada ruang, terus ambil peluang. Kiri kanan, depan belakang semua perempuan dia nak sayang. Silap haribulan, pinggan mangkuk, periuk belanga terbang melayang. Tak dinafikan, ada juga yang 'sudah berpunya' tp, setia. Cinta, jiwa, raga memang untuk wanita syurganya. Cuma, dek kerana hormon terrr lebih cinta suda, timbul rasa was was setiap masa..o0h memang giler!
Ada lelaki yang statusnya ' in an open relationship' bhsa sopan bg yg masih enggan dipunyai rather than to say 'not ready to hve any commitment yet'. Tewas pula dengan hati sendiri. Bila semua pun berkenan dihati. Keliru memilih pujaan hati. Harapan diberi, alasan dicari. Kesian c gadis bertengkar ssama sndiri. Masing2, menjaga hati. Merajuk hati pujuk lh sendiri. Ikutkan hati, semua nak dijadikan bini. Silap haribulan, semua pergi, gigitlah jari.
Ada lelaki yang statusnya 'single' memang confirmed bujang lagi tp, dalam diam sebenarnya dia juga memuja. Sanggup terseksa jiwa melara, asalkan ego tidak tercela, kalau2 cinta tidak berbalas cinta. Kalah sbelum mencuba, sedangkan c gadis hampir jadi perigi tua yang kering menunggu timba.
Kawan-kawan dah habis cara. Sila haribulan, rasa cinta itu pudar begitu saja.
Bila namanya LELAKI. Usahlah diajak berbincang SOAL HATI. Silap haribulan, kita sendiri SAKIT HATI, makin lama makin MAKAN HATI. Bukanlah maksudnye lelaki ni xde hati, tp inilah REALITI. Kdg2, mereka terlupa menhargai. Bila teringat, semua dah tiada erti. Masa tu, baru terasa hati. Ooh! macam giler plak mencari..aduhai!
Bukanlah menjadi kesalahan jika kita memberi peluang kedua, cuma pesanan dari penaja : BERHATI-HATI MEMBERI HATI. Kata pepatah omputih brkata "Fool me once, shame on you; fools me twice, shame on me"
Dan kamu lelaki-lelaki budiman, tidak terusik maruah lelaki mu andai di turunkan level ego kamu itu demi memujuk hati yang kau sakiti. Kdg2, kebaikan itu bukan utk dibalas, memadai klu kamu tahu menghargai, atau paling tidak semat dihati utk dikenang. Jgn lh terus-terusan mengambil kesempatan di dalam kesempitan.
sumber dari pujaanheaRty
*agak tak setuju kot.. huhu.. seb aku lelaki.. haha