Tuesday, August 14, 2012

Kita Yang Sering Terlupa Dan Alpa


Adakala kita merasakan kehidupan ini akan berterusan tanpa hujungnya lalu jiwa kita terasa selesa dengan kesenangan dunia.. Dan menjadi asyik di dalam dunia kita sendiri tanpa langsung merasakan kehilangan yang pasti.. Kita terlupa seolah olah itu adalah ganjaran yang ada lalu senang dan lapang dada, hanya alpa dan terus lupa..

Adakala impian kita untuk kehidupan sementara ini mendaki kemuncak tertinggi di dalam jiwa lalu merasai dunia itu milik kita selamanya.. Kerana masih merasakan satu kenikmatan yang sementara itu buat kita terlupa yang kekal abadi..



Ketika itu kita lupa bahawa kehidupan kita ini ada titik hentinya lalu kita melupakan tempat kembali kita yang hakiki.. Semakin kita menjauh pada satu hakikat yang sebenar benarnya kita tahu, tapi langsung tiada kita ambil peduli dan mengambil ikhtibar tentangnya..

Ketika itulah, ketika jiwa terputus hubungan dengan yang menjadikannya serta mengurniakannya kehidupan lalu jiwa kita menjadi kering dan hilang kepekaan.. Lalu kita menyangkakan keseronokan itu kebahagiaan dan nafsu itu jalan menujunya..

Kita teraba-raba mencari ketenangan lalu kita temui keserabutan, kita mencari kelapangan lalu kita menemui kesempitan jiwa..


Kita sudah lupa hakikat diri dan kesementaraan hidup ini hingga kita hanya melihat kesalahan pada manusia lain, kita menyalahkan takdir untuk segala petaka yang hadir..
Melupakan mati adalah kematian jiwa manakala mengingatinya adalah kehidupan yang sebenar.. Mengingati kematian tidak menjadikan kita cetek pemikiran atau pendek akal bahkan kita dapat menghayati keluasan kehidupan..
Kematian adalah peringatan untuk setiap kelalaian dan guru bagi setiap kejahilan.. 


Mengingati kematian menjadikan jiwa kita hidup dan penuh harapan serta mewarnai hidup dengan perjuangan..

Mengingati kematian adalah penghubung jiwa kepada sumber segala kehidupan.. Mengingati mati adalah sumber kekayaan jiwa hingga kita tidak lagi lemah menghadapi kehidupan beserta halangannya.



Comments
5 Comments

5 Orang Yang Prihatin:

twinscraftlife said...

Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
purely handmade products such as pouch,
earrings, cards, hp strap, cute items!
쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://twinscraftlife.blogspot.com
http://thesoaplicious.blogspot.com

Eyda Syahida said...

salam.. nak tanye.. apa jenis font yang paling atas kat gambar tu eh? :D

anne_azam said...

I like..^_^

palgu nadi said...

Kata-kata nya ok lah...
Masih duduk kat selayang belakang warta lagi ke...

palgu nadi said...

Kata-kata nya ok lah...
Masih duduk kat selayang belakang warta lagi ke...