Jika hari ini kita berada di atas, dan memandang kebawah melihat perkhabaran yang ada.. Kita memandang ke atas dan dengan angkuh berkata pada diri sendiri.. "Aku sudah di atas, dan aku mahu di atas lagi"..
Dan dengan sombong akan diri, kita tidak menghiraukan suara suara yang memanggil nama kita.. Sayup kedengarana jauh di hujung dunia.. Kita semakin lupakan diri..
Kita rasakan diri kita sudah melebihi kesempurnaan.. Kita rasakan diri kita semakin hebat dan di angkat tinggi.. Kita semakin melupai akan rutin duniawi.. Kita terus hanyut..
Kadang kita merasakan kita sudah cukup hebat, tapi sebenarnya masih ada yang lagi hebat.. Kadang kita merasakan kita cukup kuat, sedangkan kita amat lemah yang nyata.. Kita rasa maruah kita tinggi dan amat patut di sanjung tinggi sedangkan kita berada di lembah hina..
Siapalah kita?
Kadang kita seharusnya muhasabah akan diri.. Siapa kita? Hebatkah kita? Sampai bila bilakah kita di puncak atas..
Jika cinta itu mencari kesempurnaan, hingga ke hujung nafas tiada akan ketemu.. Carilah cinta untuk mencapai kesempurnaan di dalam penghayatan sendiri..
Jika baca akan aku, maafkan aku andai ada yang tergores hati.. Andai ada hati yang terasa akan diriku.. Jika dengar akan aku, bimbinglah aku tegurlah aku untuk sama sama memperolehi yang di redhaiNya..
Terima kasih yang amat dalam ku hulurkan..