Wednesday, December 28, 2011

Bercinta Selepas Menikah

Orang berkata jika kita cintakan seseorang di dalam hidup kita dengan hati yang ikhlas, kita kan sanggup membahagiakan dia walau kita tidak hidup bersamanya..

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.




Dengan kata janji sebuah ikatan cinta, kita kan selalu membiarkan luka luka di dalam dakap dada demi melihat kebahagiaan seseorang yang kita cintai itu akan hidup dengan sempurna dan berbahagia.. Menyintai seseorang tidak seharusnya kita milikinya walau kita tidak bertepuk sebelah tangan.. Walau cinta kita berbalas, namun mungkin kerana beberapa hal, tiada jodoh antara kita dan dia.. Pasti kita akan cuba lepaskan si dia berbahagia..

Dan hal paling menyedihkan di dalam dunia percintaan, bila dua hati bersama sama, kenal erti cinta.. Mengharungi suka duka alam percintaan, namun di sebabkan tiada jodoh walau sekuat mana, sedalam mana ikatan cinta itu ada, pasti tiada jodoh.. Dan amat terasa kesedihan kerana tiada siapa mengerti akan peritnya cinta yang tidak mampu bersatu..

Dan bila adanya satu jodoh itu.. Di mana jodoh itu terjadi bukan kerana ada sifat cinta..Dan jua bukan kerana kasih sayang sesama dua hati.. Tapi kerana ketentuan dari takdirNya.. Dan jodoh itu telah pun ada.. Tapi apa yang merunsingkan.. Masih ada cinta antara dua hati tersebut?

Kata orang bercinta selepas berkahwin adalah indah..

Kata orang bercinta selepas berkahwin adalah sesuatu yang bertuah..

Ingin aku bertanya di sini..
Berapa ramai di sini sudah berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya?
Berapa ramai pasangan di sini yang bercinta selepas kahwin?

Sudah semestinya cuma mendengar..

Bercinta itu tidak seharusnya berakhir dengan sebuah perkahwinan.. Sedangkan pencarian sebuah percintaan adalah perkahwinan.. Mengapa kita titik beratkan perkahwinan? Sedangkan berkahwin itu bukanlah pencariaan sebuah perhubungan.. Bukan tamatnya sebuah percintaan..

Kerana setiap perkahwinan adalah permulaan kisah hidup baru mencari kesempurnaan di antara dua hati yang halal mencari keredhaan Allah SWT menuju ke alam seterusnya.. Dan bukan bererti sudah tamat dan berakhirnya sebuah kehidupan..

Berapa banyak pasangan yang bercinta, dan berkahwin dan hancur musnah di tengah jalan.. Ada kalanya baru sahaja mendirikan rumahtangga namun musnah.. Ada yang sudah bertahun lamanya, musnah jua.. Bukankah mereka mereka jua bercinta sebelum berkahwin.. Dan berjanji sumpah setia.. Adakah cinta sudah pudar? Seiring dengan usia?

Menikahi seseorang yang kita ada perasaan cinta ada risiko yang amat besar di dalam kehidupan kita.. Kerana kita seolah mencuba dan mahu menilai sejauh mana kebenaran bercinta selepas kahwin itu indah.. Ya, amat besar risiko dan peranan yang ada memainkan watak yang amat penting sekali..
Aku mungkin tidak menikahi dengan seseorang yang aku cintai, namun berikanlah aku kekuatan untukku menyintai si dia yang telah menjadi halal bagiku
Sebuah perkahwinan bukanlah seperti kisah membeli baju di pasar malam.. Sebuah perkahwinan tidak boleh disamakan dengan kehidupan bujang dengan kekasih hati.. Perkahwinan ada sebuah ikatan janji antara dua jiwa, di mana akan bersama sama mengharungi suka dan duka di dalam mencari keredhaanNya..

Sebuah perkahwinan bukanlah dengan hanya mencuba dan putus dan mencuba lagi seperti hubungan bercinta dengan kekasih.. Perkahwinan itu benar, pasangan kamu jua benar, bila terjadi perkahwinan, tanggungjawap kamu akan bertambah..
Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..

***
Entry ini adalah entry permulaan tentang hubungan percintaan kisah bercinta selepas berkahwin..



Comments
22 Comments

22 Orang Yang Prihatin:

Unknown said...

nk rase cinte lepas kahwin la

yura said...

em suke atikel ni... kaang2 terpk cam 2 je sng sbb xxla asyik kcewe je..sakit sgt ble kecewe

anGah said...

@Iffah Afeefah berani ke ambil risiko? bukan boleh patah balik.. hehe

anGah said...

@yura mmg la sakit bila kecewa.. hehe

aamalinaazman said...

sangatla menenangkan :))

tapi hati ni gatal jek nak carikk cinta sebelom kawin, padahal tahu cinta sebelom kawin bukn boleh jamin 100% pon..emm

ade org kata usaha :)

tapi kalo usaha kekadang yg menyimpang dari maksud sebena yakni bercinta utk berkahwin, ke dh dapat dosa..aihh

kekadang sedih gak dgn diri sendiri jadi degillll

takmo dgr yg baik2 kan..hehe

eh..terbebal panjg cek angah..kekeke

nice taw entri ni :))

Gadis Doraemon said...

Mak sy bercinta slepas bkwhein & bhgia smpai skrg....
sy rsa lbih baik cmni coz xbyk dosa yg kte wt..
klau bcinta sbelom khwin kdang2 bole tmbah dosa...sbb bjumpa ngan org bkan muhrim....

anGah said...

@aimie amalina memerlukan kekuatan utk menempis.. kekuatan di dalam usaha menanti dengan sabar, siapa yang meminang.. risiko bahagia kerana tiada tahu perangai mcm mana? huhu

Yoep lintor said...

andainya ada rezeki ketentuan dr ilahi saya sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorg suami.

anGah said...

@AnImE GuRLzZ bagus la.. jgn duk tanam impian je tapi takde usaha utk elak dari bisikan nafsu.. hehe

anGah said...

@EiL LB lelaki ke ang? huhu.. belum kawen lagi eh? hehe

Yoep lintor said...

sye tau awk perli kat sye..huhuhu

anGah said...

@EiL LB nampak dh tua je.. hehe

Yoep lintor said...

bdk lg ni..gambar mmg lh i letak mcm ni, tak lh ramai yg ngorat nnt..cemburu pulak kekasihku nnti...lalalalalaaa

Ayiesha Sani said...

indahnye kalo taw sape jodoh kte...nice ur entry...

reenapple said...

aku pom mengharapkan cinta selepas kawin.. tapi perkahwinan itu membuatkan aku takut untuk menghadapinya..

ada 1 perkahwinan dalam keluarga yang diaturkan oleh keluarga.. akhirnya kecundang selepas 3 bulan melayari alam perkahwinan...jadi, adakah ini dikatakan tiada jodoh diantara mereka?

Fasihah Supian said...

Ngah...kita bz la....xsempt nak cari cinta...huhu tp bila bca entri ni tibs2 terfikir pasal cinta..bilalah nk bercinta.huhu

Umie Naziera said...

ingatkan bercinta lps kahwin tu manis..emm,baca entry nie bg kesedaran sedikit sebnyak,xsemua bole jadi mcm yunk kita harapkan

Sunah Sakura said...

macam dalam novel2...memang banyak yang ketengahkan cinta lepas kahwin macam ni...

Cik Puan Kocik said...

sangat nice....

cinta lepas bernikah ... menarik mungkin

Cik Puan Kocik said...

Angah bercinta lepas bernikah ke??

Mesti suweeet kan ... he he he

Unknown said...

bagus entri ini... saya mmg dah lama setuju kalo bercinta selepas kahwin... tahniah tuan blog bagi pendedahan yang baik untuk renungan bersama...


Mari tengok entri terbaru di bawah jika anda tidak keberatan, PEACE YO!


Blog Keratan (Komik + Review Produk):

1. MICHELIN ENERGY XM2 - Produk Tayar Terbaru Dan Tercanggih
2. Komik Lambok - Tebas Lalang Kawasan Mana?


Nukeufo89s Blog:

1. Teori Konspirasi Palsu Yang Membuatkan Segelintir Umat Islam Taksub
2. Lazimnya Kita Akan Melenting Apabila Keadaan Sebegini Berlaku


Mari tengok tutorial cara nak buat isi kandungan blog posting (sitemap cool) yang boleh senang dirujuk kalau pengunjung blog nak cari entri-entri dalam blog anda... klik [sini]

Nong Andy said...

Bercinta sakan sebelum kawin.. tapi rasa cinta hilang.. pudar bila dah kawin..

mengekalkan rasa cinta yang sama dlm dunia perkawinan.. itu paling sukar! mudah sekali jatuh cinta.. tapi benarkah mudah?

*Kecelaruan... hahaha!