Jika ada dengar akan aku, terima kasih yang tidak terluah dengan kata kata menjunjung kasih dan sayang.. Kerana ada aku cuma sekadar akan luahan.. Bukan rintihan dan cemuhan..
Kita belajar untuk menerima sesuatu kenyataan di dalam kehidupan kita pabila tiba masa kita mendengar dan melihat sesuatu di atas perjalanan kehidupan kita.. Mendengar dan melihat akan sesuatu tidak mungkin datang mengikut akan apa yang kita hajati.. Dan selalunya kita hanya mengikut dan menerima suratan itu walau bukan dengan hati yang terbuka..
Sedikit coretan tentang blog jiwa jiwa..
Segala entry entry di dalam blog ini bukanlah berkisahkan latar belakang dan luahan rasa penulis.. Apa yang coretkan, mungkin seakan hampir dengan situasi pembaca.. Kerana kita punyai rasa yang sama.. Ingin menyintai dan dicintai..
Blog jiwa jiwa bukan berkisah tentang isu semasa seperti Isu Politik Malaysia, Gosip Artis Malaysia atau Barat, Info Info Sukan atau lain lain.. Blog jiwa jiwa bukan jua blog berkisahkan cerita tentang informasi atau blog santai santai.. Blog jiwa jiwa cuma blog berkisah tentang hubungan pasangan, soal perasaan dan hati.. Luahan seseorang tentang perasaan dan jiwa.. Secara ringkasnya blog jiwa jiwa bukan cerita tentang info terkini atau pemasalahan dunia..
Blog jiwa jiwa bukan luahan peribadi penulis, atau blog peribadi..
Jika ada kekasaran bahasa, atau kesalahan di dalam menyusun kata kata.. Mohon dimaafkan.. Kerana aku jua ada silap.. Ada salahnya.. Kerana selepas ini mungkin entry entry aku akan berkurangan di kemaskini.. Dah kantoi gn orang rumah daa..
Jika hilang akan kekuatan diri, renungilah dan ingatlah di mana sedang berpijak.. Tanya pada diri sendiri, siapa dan kemanakah arah tuju.. Capailah tangan yang menghulur, carilah ketenangan dengan mengingatiNya