Rindu tidak berertinya kita cinta.. Tapi selalunya cinta pasti ada rindu
Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi.. Rindu tidak dapat di halang dengan apa carapun..
Kadang rindu datang dalam kita sedar.. Tersenyum kita sendirian.. Dan kadang kita merindu dalam amarah, menangis kita dalam diam.. Membara di dalam..
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.. Kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamua melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam..Rindu itu amat jelas pada hati ini.. Sedang kita punya rasa untuk dakap semua kenangan lalu.. Sedang kita masih lagi di dalam asyik yang tak sudah sudak akan kenangan lalu..
Aku melihat awan yang berlabuh, walau mendung dan sering menyaksikan gerimis pada hatiku.. Aku pohon ia berarak tenang dan memberikan aku seribu cahaya pada redup hati.. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan..Kenangan bersama dulu kembali teruja.. Di saat sama sama meningkat alam dewasa.. Susah bersama.. Saling berkongsi cerita.. Dan kini sudah berubah kerana dengan dunia masing masing..
Bila kita putus cinta, kita akan menjadi terlalu benci pada manusia yang pernah mendampingi dan pernah hadir dalam hidup kita.. Kerana bagi kita, dia telah pudarkan yakin kita pada warna cinta itu sendiri.. Kita merasakan bahawa kita telah pun di butakan oleh cinta yang tiada penghujungnya dan kita meratap akan luka kuat di dalam dada.
Kadang rindu kita pada seseorang yang kita sayangi, cintai dan yang kita suka.. Ingin saja kita luahankan dan mengambarkan perasaan yang membuak buak.. Dalam erti memberitahu dalam sms atau call.. Dan amat sedih hati ini jika dia tidak merasakan apa yang kita rasa.. Dan kadang kita cumalah bertepuk sebelah tangan.. Amat menyakitkan.. Merindui pada yang tak sudi..
Rindukan satu tatap wajah yang pernah dulu bersama sama di dalam susah.. Di dalam keresahan.. Di dalam kesunyian.. Dan amat rindukan kenangan yang dulu.. Rindukan gurauan manja.. Rindukan senyuman yang hadir.. Rindukan rajuk yang panjang..
Dan yang pasti rindu itu sama.. Kenangan lalu itu sama.. Rindukan kamu yang dulu.. Rindukan kita yang lama.. Tapi itu tak mungkin lagi berulang.. Kerana masa itu telah berlalu
Pernahkan kamu merasakan rindu yang amat kuat pada seseorang hinggakan air mata hampir mengalir dan di dalam jauh sudut hati merasakan amat memerlukan seseorang itu berada di sisi?