Wednesday, August 17, 2011

Lemahkah wanita di mata Lelaki



Kata lelaki pada wanita itu lemah..
Mengaku wanita, mereka tidak lemah tapi lembut..
Antara lemah dan lembut amat besar perbezaannya..
Amat ketara perbandingannya..
Namun.. Ada yang tidak rela mengakuinya..
Telah di takdirkan kerana lembut wanita itu..
Tidak gemar akan perbalahan kecuali dalam keterpaksaan...

Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima….
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari


Lelaki yang mengaku kuat.. Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak

Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak

Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa

Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud… Menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita….
Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan





Entry lama.. Repost Lemahkah wanita di mata Lelaki



Comments
4 Comments

4 Orang Yang Prihatin:

teha said...

betol2.. lg pon bkn sume wanita lemah :)

Adlilatun Nur said...

:)

qaseh eryda... said...

mohon share...

Anonymous said...

bg minum kopi kacip fatimah kt wife nti jd superrrpower..kui..