Mengikut aduan yang dibuat oleh Si Isteri kepada seorang Ustaz suaminya memang seorang yang pemarah dan panas baran tak menentu. Begitulah kata Si Isteri marahnya biasa terjadi sewaktu pulang kerja, silap sikit jika barang yang dicari tak jumpa dan berbagai lagi walau perkara yang kecil pun pada orang lain biasa tapi bagi Si Suami akan membangkitkan marah. Si Ustaz pun memberi jalan kepada Si pengadu (Isreri) agar mengandu pada Allah, Solat hajat dan Doa, itulah jalan paling benar bagi seorang Isteri kata Ustaz.
Pada suatu hari ditakdirkan Si Suami jatuh sakit(demam), melihat Suami begitu Si Isteri walau dengan rasa takut-takut mencadangkan Suami berjumpalah doktor, Si Suami nampak akur dan setelah berjumpa doktor antara kaedah rawatan diminta oleh doktor supaya suami datang dihari yang lain dengan membawa air kencingnya.
Tiba hari yang dijanjikan apa yang darahkan oleh doktor dilakukan oleh Si Suami tetapi doktor begitu terkejut dengan keputusan ujian air kencing Si Suami, hasil ujian itu pun diberi tahu kepada Si Suami bertambah terkejut besar Si Suami, "Awak positif mengandung dari hasil ujian air kencing, benarkah air kencing itu awak yang punya" dengan nada terkejut dan marah.. "tak kan saya nak curi air kecing tu doktor" "jika begitu benarlah awak lelaki pertama pesakit saya yang didapati mengandung".
Berhari-hari dan lebih semiggu keadaan suami jadi tidak seperti biasa, selalu termenung, pendiam, amat ketara marahnya kurang dengan mendadak, keadaan ini membuatkan Si Isteri curiga lalu dalam diam Si Isteri berjumpa dengan usatz tadi dan mencerikan perubahan suaminya, ustaz bertanya adakah Si Isteri ada solat hajat dan doa, ya ustaz banyak kali saya lakukan ikut yang ustaz pesan.
Si Ustaz mencadangkan supaya diadakan sesi perbincangan suami isteri, hasil perbincangan itu Si Suami dengan perasaan malu bercampur terkejut mengisah kepada Si Isteri tentang kisah rawatan dengan doktor tempohari, yang peliknya berita Si Suami mengandung tidak mengejutkan Si Isteri sebaliknya dengan linangan air mata Si Isteri meminta ampun sambil menghulur tangan kepada suaminya agar dimaafkan kerana sewaktu Si Suami tertinggal bekas air kencing didalam bilik air Si Isteri telah tertumpahkannya, Si Suami teringat bekas air kencingnya dan meminta Si Isteri tolong bawakan pada suami intuk ke kelinik, yang telah digantikan dengan air kencingnya sendiri (Si Isteri) kerana takut dimarahi.
Berkat doa Isteri sebenarnya, dipendekan cerita peristiwa itu membuatkan Suaminya benar-benar berubah dari sifat panas baran dan pemarahnya. Berdoalah dan mengadulah pada yang layak Allah swt, hasilnya memang menabjubkan dan diluar jangkaan akal manusia
-sumber dari http://www. my.opera.com/azmanuha/blog/