Monday, March 21, 2011

Awek bila dah reject laki


Tanda kena reject dari sorang awek

Dalam kehidupan seharian, kita akan selalu melewati bertemu dengan ramai kenalan atau orang baru.. Lelaki juga tidak dapat dinafikan ada kalanya akan bertemu satu tatap wajah yang mengoncangkan jiwanya.. Pada fikiran kamu, seorang perempuan tersebut adalah jodoh anda..

Hati seorang perempuan amat sukar dimengertikan dan di pahami.. Kadang cara lagaknya selalu di salah tafsir oleh golongan lelaki.. Dan selalu lelaki akan tewas dan kalah dengan cara layanan seorang perempuan terhadapnya..

Bagi golongan perempuan pula, amat susah untuk berkata tidak.. Kononnya tidak mahu mengecilkan hati seseoarang jejaka yang cuba mendekatinya..

Naluri ingin rapat dan mengenali seseorang adalah sangat biasa bagi seorang lelaki mahupun wanita.. Apabila sudah mula kenal, anda ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi, mencintainya serta ingin sentiasa berada disisinya..

Namun adakalanya anda hanya menyimpul impian. Gadis yang kita minati itu umpama jinak-jinak merpati.. Dia nampak seperti menyenangi anda tetapi sebenarnya dia hanya menganggap anda tidak begitu istimewa di hatinya.

Di sini ada beberapa contoh yang tepat dimana seorang perempuan memang dah reject lelaki itu.. Sila insaf ye.. hoho

  • Dia tidak membalas panggilan anda - Berbunga bunga rasa di hati bila dapat bercakap dengan si dia kan.. Tapi bila anda telah membuat panggilan ke telefon si dia.. Tapi malangnya si dia tidak menjawap panggilan anda.. Bukan sekali tetapi banyak kali.. Tak pula si dia return call.. Lagi menyedihkan, berkali kali anda tinggalkan sms tapi tak berbalas.. Hint yang agak kejam di situ..

  • Dia cuba menjodohkan anda dengan kawannya - Jika anda menyuarakan isi hati, tiba-tiba si dia kata anda dengan kawan dia nampak sepadan.. Atau kadang kadang cuba jodohkan anda dengan orang lain.. Dia akan bersungguh-sungguh memuji orang lain dan menyakinkan anda bahawa anda tersilap memilihnya.. Nampak sangat dia sebenarnya tidak tertarik dengan anda.. Tak perasan lagi ke?

  • Tiada bahasa tubuh - Selain kata-kata, bahasa tubuh memberikan banyak petanda.. Dari pandangan mata, sentuhan tangan dan sebagainya sudah menggambarkan dia memang bahagia.. Kalau tiada semua itu, bermakna anda hanya kawan biasa baginya.. Bila bersua, muka si dia masam je.. Takde senyum tawa yang tertera.. Ala.. kalau org tu senyum dekat kita, kita boleh nampak ikhlas ke tak ikhlas..

  • Menolak pelawaan anda dengan baik - Apabila sudah sayang, sebenarnya orang sanggup berkorban apa saja.. Namun kalau dia menolak dan berasa takut-takut dengan anda tatkala anda mengajaknya keluar, faham-faham sajalah penting atau tidak anda di sisinya.. Ajak tengok wayang tak nak, ajak makan cakap dah kenyang.. Hehe.. Kira okey la tolak cara baik kan..

  • Tidak mahu jalin perhubungan terlalu rapat - Dari salam perkenalan anda ingin menjalin perhubungan yang lebih erat.. Malah kalau boleh menyayanginya dengan sepenuh hati.. Namun kalau dia sudah menolak anda awal-awal lagi dan memberitahu tidak mahu menjalin hubungan yang lebih serius, fahamlah sendiri maksudnya

So tak paham lagi ke wahai lelaki kalau sorang awek tu buat mcm neh.. Besa la perempuan kalau dia rasa dia cantik sikit mula la nak demand.. hoho

*Pada yang tidak setuju dengan pandangan aku neh sila lah komen.. aku tak tau.. aku lelaki neh.. men tembak ja kalau awek tu reject lelaki nie selalu dia buat kan.... hoho



Comments
22 Comments

22 Orang Yang Prihatin:

princeton said...

hahahaha....saya tak setuju!!!mana ada.....even dia kata dia tak sepadan dengan diri lelaki tu or etc, tu bermksud dia nk tengok lelaki tu jenis macam mana....

anGah said...

kan bersungguh sungguh dia nk rekemen tu..

Fiqey Lar said...

bkn awek jer reject lelaki camni...lelaki reject awek pn camni gak...huhuhu

anGah said...

ada ke? huhu.. jap jap.. rasanya penah buat dulu kot..hoho

baby Cha_Barbie liEya said...

betul2..laki pmpn same jep......

Anonymous said...

hahahaa.point no 2 tu mcm pernah buat je.

anGah said...

baby: woww.. mcm pengalaman je :P

anonymous: huhu.. hahaha.. jhtt

LaNgIt yAnG iNdAh,aWan YaNg MeNdUnG said...

Soal hati nie umpama satu ladang yg luas, perempuan nie umpama rama-rama dan lelaki umpama manusia yg berlari menagkap rama2. si Lelaki akan penat dah keletihan bila mngejar rama tersebut. kalo dapat pn rama2 itu akan lari tak pn akan patah sayap nya... sekiranya lelaki tu buat biase jer dgn kata lain bersahaja tidak bersungguh insyallah akan datang rama2 tersebut hinggap padanya... :) selamat berfikir...

zulhaidi said...

asam garam kehidupan rmaja nie...ahah

NuRiNzA TeDdiE said...

~IiShh..Ade PlAk Ckp PoMpUan Santek SkeT Da demAnd....DorAng BkN DemAnd La....TaPi BlOm TerBuKaK HAti LagI...WaaH GiTuu..Ngeee~

Girl Next Door said...

bkn demand tp sume org berhak wt pilihan.

farahin said...

err agree (:

saya hyda said...

sekurang2nya xde lah dia terus memberi harapan pada lelaki....dah bagi hint 2, paham2 sendiri je lah ea...hehe

Muhammad Ramadhan said...

Kalau itu kes..kita kena same2 pikir,apa bnda kita buat pun,mesti ada keseimbangan..macam laki la,kalau tak suke,reject,macam perempuan jugak,kalau tak suke reject..same je kan...same renung-renungkan la...

Anonymous said...

mcm pnh buat sume tu je..kihkihkih

danial adzmi said...

dh kene bende nie aritu...=_="

fara said...

betol...lelaki pun reject mcm nie.....
yg mereject tue konon nya dia anggap pompuan tu x dek test ngan dia....
nk yg lawa jerk...pada hal x sedar diri...huh..

nur cahaya said...

tp bkn slalunye lelaki yg reject pmpuan kew??klu pmpuan reject laki pn msti die tgk perangai dluw....

nur cahaya said...

klu pmpuan reject laki msti adew sbb...mgkin sbb perangai n sbb yg len...

Anonymous said...

oo..mcam nie ke..bru taw. :P

zulfikar hazri said...

tepat. perempuan ngan laki reject sama la...

hehe

Belphagor Fiorano said...

Owhh sakitnya!! Oucch !! damn it...syukurla aku tak rasa semua ni sbb aku bebas drpd permainan perasaan..sila follow tokey..klau sudi la http://fearanco.blogspot.com/