Tuesday, May 31, 2011

Kadang melepaskan cinta, mempunyai erti bahagia



...Kecewa bercinta bukan bermakna matlamat dunia kita sudah pun berakhir.. Jangan kerana ditinggalkan oleh mereka,kita duduk bermenung bertemankan air mata.. Sedangkan mereka sedang berbahagia dengan kekasih mereka yang baru...

Bahagia itu hadir di dalam hati kita walau kadang orang memandang kita tidak bahagia.. Kerana bahagia itu tidak semestinya bersama dengan orang yang kita sayangi.. Kadang bahagia itu terserlah melepaskan dan merelakan dengan ikhlas melihat orang yang kita cintai hidup bahagia walau bukan dengan kita..


Kadang kita merasakan bila kita dapat bersama sama dengan insan yang kita merasakan ada cinta antara dua hati adalah satu kebahagiaan yang kita cari selama ini.. Sedang kita sendiri masih kabur di dalam mencari sesuatu yang di panggil bahagia.. Adakah kita pasti dan yakin, bahagia itu ada bersama kita bila kita memiliki orang yang menyintai kita dan kita jua menyintai dia.. Itu lah kita, amat pasti pada suatu suratan yang kadang jua mempunyai kegagalan pada akhir cerita..

Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk di lupa..

Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, mata kamu pasti berkaca. kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Kita akan selalu leka akan perkara yang selalu asyik di buai dengan perasaan sedangkan berada kita di sini bukanlah menyesali perkara yang lepas.. Namun sekuat mana kita untuk melupakan, kuat lagi kenangan itu datang mengusik di sanubari..

Dan bahagia kita juga bukanlah satu kepastian yang kekal selamanya.. Pasti ada dugaan dan ujian yang datang menimpa menduga sejauh mana kekuatan di dalam diri kita mengatasinya.. Dan di situlah kita tahu adakah kita mampu untuk melawan arus sesuatu permasalah yang timbul pada satu kesusahan..

Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa

Dan bila kita di uji, seharusnya kita sebagai hamba Allah bersabar dan melakukan yang terbaik supaya sesuatu perhubungan yang terjalin dapat dipertahankan.. Di dalam menghadapinya kita harus ada usaha, kemudian berdoa dan bertawakal pada Allah..

Hidup kita bukan memperjuangkan cinta sesama insan.. Walau itu menjadi lumrah di dalam kehidupan kita, tapi letakkan yang utama di dalam hati kita cintakan Allah, seterusnya Rasul.. Cubalah untuk memperbaiki sikap kita yang semakin hari semakin jauh dalam mencari hakikat.. Menangislah tika iman kita semakin hilang dan tabahlah hati bila cinta sesama manusia tidak kesampaian



Comments
5 Comments

5 Orang Yang Prihatin:

Pink said...

entry2 angah semua buat kite terasa dimotivasikan. thanks angah :')

wahidah wahab said...

trase habis. hahaha

Miss Mango said...

entri y sgt mndlam mksd nyer.. ske larh nen entri niy.. thx share yea..

Anonymous said...

ermm..good entry..teruskan lagi yerk..mmg ske gn sume entry2 kt cni...good luck..

aNniSsA said...

best entry nie .. sme dgn pe yg berlaku kt sye skrg ..