Friday, December 30, 2011

Bercinta Selepas Menikah Part 2

Setiap berlangsung sebuah perkahwinan pasti akan terasa bertapa meriahnya di dalam keriuhan keramaian tetamu yang hadir.. Mata memandang melihat pasangan pengantin.. Segak raja sehari..

Sebuah perkahwinan pada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, mengimpikan sebuah kenyataan hidup yang beralaskan kebahagiaan.. Mencari satu titik erti nilai cinta.. Walau kadang sebuah perkahwinan itu bukanlah dari pasangan yang bercinta sebelum berkahwin..

Bercinta semakin asyik tidak menjamin akan sebuah perkahwinan.. Hati hati dengan cinta sebelum menjadi halal kerana punyai kesan pada masa hadapan.. Kerana rahsia jodoh belum terbongkar.. Dengan siapa menjadi jodohmu.. Dan sekiranya orang lain, amat terasa kesakitan yang dalam jika cinta lama menghantui perkahwinan..

Bila kita telah membuat pilihan.. Di dalam pilihan kita itu mendirikan sebuah perkahwinan dengan seseorang yang kita tidak punyai cinta.. Dan setelah sah menjadi halal, lafaz nikah bersaksikan wali menjadi syarat.. Ketahuilah, kita wajib bertanggungjawap pada tuntutan baru pada kita..

Kita sudah bertekad untuk berkahwin dan menikah orang lain, dengan mencari prinsip bercinta selepas menikah.. Tetapi jika kita masih ada cinta lama.. Dan tiada kekuatan dalam diri untuk menerima cinta baru.. Amatlah kasihan pada perhubungan nikah itu.. Andai masih ada bisikan bisikan yang bisa akan menhancurkan rumahtangga..

Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main main, seolah mencuba cuba adakah sesuai atau tidak.. Dan setelah tetap akan jodoh itu, seharusnya kita wajib menerima kekurangan yang ada pada pasangan kita.. Dan mencari keserasian di dalam kesempurnaan yang ada untuk menjamin hingga ke syurga..
Menikahi orang yang kita cintai mungkin adalah satu kebetulan.. Namun mencintai orang yang kita nikahi adalah suatu kewajipan. 
Cinta itu tidak boleh dipaksa paksa.. Walau sekuat mana untuk memupuknya dari sayang jika masih tiada kesan rasa kasih, cinta takkan jua bersemi.. Kamu boleh berpura pura untuk hidup dengannya selama mana yang mungkin, namun apa yang kamu dapat hanya pantulan jiwa yang kosong tanpa cinta.. Amat rugi dan malanglah kisah cerita jika hanya punyai kosong tanpa ada belas.. Sia sia pengorbanan seseorang itu bila tidak ada harga..

Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali.. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari. 
Hilang satu jiwa bila selama ini hanya sandaran pada satu jasad.. Kadang kita rasakan dia amat dekat dengan kita hinggakan nafasnya dapat kita dengar namun pada satu kebenaran hatinya masih jauh untuk kita selami
Dan bila sudah menjadi kewajipan.. Mentaati suami selagi suami tidak menyuruh kepada kemungkaran.. Itu adalah sebahagian hidup dari seorang isteri.. Taat pada suami bukan kerana takut.. Tapi itu adalah suruhan Allah SWT..
Walau kamu tersenyum indah.. Membariskan kata kata indah.. Pedih dan ngilu itu tetap ada.. Jauh dalam dakap dada, menyimpul parutan yang seakan menanah.. Walau sakit dan rebah, jangan kamu cuba mengalah.. Senyum jua bukan kerana lakonan semata mata.. Cuma berikan sedikit kegembiraan buat hati yang dikhianati..
Dan sanggupkah kamu kamu, yang sudah berkahwin dengan pasangan kamu (berkahwin tanpa cinta) menduakan suami/isteri dengan berhubung lagi kekasih lama? Yang menjadi hak dan halal tidak kamu sayangi dan hargai.. Tapi dengan haram dan jelas neraka tempatnya (terlanjur zina mungkin) kamu sanggup kejar..
Dan kadang bila kamu nekad menjauhi diri dari seseorang, bukan bererti kamu tidak memikirkan dia.. Dan bukan kerana nilai rasa itu telah pudar.. Akan tetapi kamu mengerti akan satu hakikat bahawa kamu tak mungkin akan dapat bersamanya
Dan bila sudah nekad untuk berkahwin dengan orang lain (bercinta selepas nikah), sediakan diri untuk kuat menjauhkan diri dari cinta cinta lama.. Atau cuba cuba mencari cinta cinta baru, mungkin kerana merasakan cinta pada yang halal itu susah atau tiada.. Jangan sesekali mencurangi pasangan kamu..
Kesalan hingga tiada lagi air mata.. Tersentap dan pedih tandanya kecewa amat kuat.. Terdampar sayu dan sunyi.. Lemah kerana masih tiada lagi nama cinta antara kita 
Kerana aku takut aku kehilanganmu, pasti keadaan itu membuat aku menangis.. Pasti akan airmataku tiada henti mengalir.. Walau mampu sembunyikan kesedihan itu, hatiku pasti akan selalu jua menangis..
***
Akan ada lagi entry sambungan selepas entry Bercinta Selepas Menikah Part 2.. Part ini banyak saya ketengahkan jika cinta lama menghantui atau cinta baru datang sedangkan cinta pada suami/isteri tidak ada.. Atau tiada..

Ini ada pendapat dan pandangan peribadi penulis.. Sekiranya tidak bersetuju dan punyai pandangan, sila kemukakan di sini.. Mungkin ada yang tertinggal atau terlepas pandang..



Comments
9 Comments

9 Orang Yang Prihatin:

Iffah Afeefah said...

Menikahi orang yang kita cintai mungkin adalah satu kebetulan.. Namun mencintai orang yang kita nikahi adalah suatu kewajipan.

suke ayat ni..pinjam!

therylisa nurula'in said...

wah.... suka sangat ngn blog nie

reenapple said...

hurm... betul jugak.. mungkin harus cuba memupuk rasa cinta itu pada yang sah...

tak kenal maka tak cinta..=)

therylisa nurula'in said...

kenapa tak wat novel je ? :) menarik lah cerita dalam blog nie

umie naziera said...

luv this,really!! i adore your writing angah..

aimie amalina said...

aduhai...
begitu byk erti dsebalik perkahwinan
percintaan
perhubungan yang sebelum dan selepas kawin
yg perlu dtitik beratkan..

emm..
suke entri ni lagik2 :))

Ummar Farouk a.k.a. Nuke-Comm Leakage said...

terbaik tuan blog... teruskan menaip blog...


Mari tengok entri terbaru di bawah jika anda tidak keberatan, PEACE YO!


Blog Keratan (Komik + Review Produk):

1. MICHELIN ENERGY XM2 - Produk Tayar Terbaru Dan Tercanggih
2. Komik Lambok - Tebas Lalang Kawasan Mana?


Nukeufo89s Blog:

1. Teori Konspirasi Palsu Yang Membuatkan Segelintir Umat Islam Taksub
2. Lazimnya Kita Akan Melenting Apabila Keadaan Sebegini Berlaku


Mari tengok tutorial cara nak buat isi kandungan blog posting (sitemap cool) yang boleh senang dirujuk kalau pengunjung blog nak cari entri-entri dalam blog anda... klik [sini]

EiL LB said...

ape kata secara jujur sebagai seorang wanita berkata pada pilihan hati, terhadap lelaki yg menyatakan dia sayang pada mu..
dan diri mu katakan pada dia bila awk nk hantar wakil dtg meminang..?

Lia Irdelia said...

cinta itu indah andai ada paduan dari kedua pihak..

jika hanya satu pihak yang mencuba,
dan tiada sokongan dari yg satu lagi.... sangat sukar..

dan..

sukar mencintai andai telah ada yg bertakhta di hati.. biarpun kenangan cuma.. >_<