Dalam kehidupan kita ini, sering sahaja kita salah dalam kita menduga akal kita.. Kadang kita merasakan kita amat dekat dengan seseorang hinggakan terasa bahang kasih tapi sebenar hatinya gagal kita selami.. Walaupun tercapai erat tangannya untuk kita sentuh namun tidak mampu lagi untuk kita genggam erat..
Kadang kita sudah merasakan dia dan kita punyai rasa yang sama, namun hakikat sebenarnya kita masih belum ada keserasian antara dia dan kita..
Di saat kita membuatkan hatinya yang berduka, dari raut wajahnya menangis dalam esak yang panjang.. Namun mungkin kehadiran kita hanya untuk di kala kesedihan hatinya sahaja.. Sedangkan adanya kita cuma penganti buat dirinya pada kasih yang tak sampai..
Kita membuatnya tersenyum dengan wajah yang amat kita rindu.. Namun mungkin pada hakikatnya kita adalah serpihan pelangi usang yang cuba hadir pada senja hujan.. Tiada sedikitpun menyenangkan jiwa dan perasaannya.. Cuma ada kita adalah untuk masa yang berlabuh..
Kita tidak tahu makna di sebalik senyuman yang terukir kerana kita cuma sandaran baginya.. Kerana ada kita adalah baris baris bayang dari seraut wajah yang amat dirinduinya..
Apalah yang ada pada kita sedangkan menyintainya sepenuh jiwa dan raga.. Kerana cinta, kita dibutakan mata nemberi pada yang tidah nenghargai.. Kerana cinta, amat tidak menghargai apa yang di depan mata..
Siapalah yang tahu hati yang merasa?