Sunday, April 3, 2011

Dan rintik hujan itu bagaikan aku



Mendung di luar sana seolah saja hari akan hujan.. Gelap dan suram amat susah di lihat dengan pandangan yang jelas.. Begitulah apa yang di rasai oleh sekeping hati ini..

Air hujan yang turun di luar amat mendamaikan jiwaku.. Kadang aku memandang ke luar tingkap melihat setiap titisan air yang mencurah dari langit.. Ingin saja diri aku mengira berapa banyak titisan yang turun.. Namun amat mustahil bagiku..

Hujan yang damai menyejukkan hatiku yang kini dalam membara.. Hatiku sejuk akan tetapi rasa panas bagaikan mahu saja aku menjerit kuat di luar.. Tapi aku tak bisa melakukannya.. Aku tak mampu untuk menjerit sekuat rasaku apa yang telah ku papah selama ini..

Ingin saja aku berjalan di dalam hujan.. Berjalan menuju lorong yang aku sendiri tak tahu mana arahku.. Amat aku dambakan untuk menanggis di sini.. Namun ego aku terlalu tinggi.. Mungkin aku ego amat kuat.. Tapi di dalam hujan, aku mampu menanggis kerana di masa itu tiada siapa yang tahu aku menanggis.. Tiada siapa tahu hati aku sedang derita..

Sungguh aku amat sukakan rintik rintik hujan yang damai itu.. Seolah aku rasakan itulah raungan dari hatiku.. Aku bukan manusia yang kuat seperti orang yang memandang ke arahku.. Aku punya rasa yang amat lemah.. Sendiri menjalani kehidupan aku seolah aku punya semangat yang tinggi..

Cuba kamu lihat hujan yang turun di kala petang itu.. Cuba kamu capai sebanyak mana rintik ritik hujan yang termampu olehmu.. Itulah rindumu terhadap diriku.. Dan rintik rintik hujan yang kamu lihat, dan tidak dapat kamu capai itu lah sebanyak mana rinduku padamu.. Sungguh aku amat rindukan satu wajah..

Rintik hujan, mendung di luar, pelangi yang muncul dan matahari yang bersinar serta langit yang membiru.. Bagai suasana rasaku kini~


*Entry pasai hujan, cuma mengzahirkan rintik hujan bagaikan di dalam jiwa.. Dan ini caraku untuk mengenal rasa.. Di harap jangan ada yang salah anggap tentang aku.. Hoho



Comments
4 Comments

4 Orang Yang Prihatin:

Anis Shizuqa said...

i luv walking in da rain cuz no one knoe's i'm crying.....

.love. said...

s0 sweet...nk c0py ckit erk..:)

anGah said...

@shizuqaohhshizuqa sama la.. dulu suka men hujan :)

anGah said...

@.love. huhu.. thanks,, sile sile :)