Tuesday, April 5, 2011

Berubahlah wahai hati lara


Mengapa kita selalu dalam angan yang panjang.. Seolah masih ada sisa cinta yang bertaut menanti kita saban hari.. Masih perlukah bisikkan kata manja yang selalu di luahkan itu terus di ucapkan? Dan yang pasti perginya melangkah sebuah percintaan yang musnah tetap pergi, yang ada sejarah lalu..

Kadang kita masih berharap akan sesuatu rasa hadir pada kita pabila sunyinya sekeping hati itu.. Dan selalu kita alpa dengan asyik pada kenangan lalu sehinggakan terus kita di alam fantasi.. Itulah kita, tiada ada rasa syukur atas apa yang ada.. Janganlah terlalu mengejar indahnya pelangi yang belum kujung tiba dalam kelam malam yang pekat..

Manusia berubah.. Manusia merubah.. Ada dalam terpaksa diubah.. Sifat kita saban hari akan ada perubahannya.. Tapi mengapa amat sukar untuk mengubah diri kita untuk tinggalkan saja angan angan kita.. Terus mendakap sepi erti penantian.. Berubahlah untuk menerima hati yang baru..

Pabila satu pasangan itu telah pudar kasihnya, dan terputuslah hubungan itu.. Namun masih ada sebelah pihak yang dalam angan yang panjang.. Masih menaruh harapan kembalinya si dia.. Sedangkan itu cuma perasaan.. Masih tidak dapat menerima kenyataan yang tiada lagi cerita.. Seolah masih lagi berharap..

Dan masih juga yang dalam angan angan yang agak parah.. Seperti merindui bulan itu.. Sedangkan tiada rasa kasih yang ada.. Menanti seseorang memberi erti cinta padanya.. Sedangkan tiada apa apa yang di rasai oleh seseorang itu..

Itulah kita, amat dahagakan kasih yang tiada.. Mengharap pada satu perasaan yang mana susah untuk didambakan.. Sudah lah.. Cubalah menerima satu kenyataan.. Berubahlah kita untuk menerima hakikat cinta itu bukan bersama kita.. Dalam angan yang panjang selalu saja kita akan asyik pada fantasi kita yang direka mengikut kemahuan diri..

Berubahlah dalam menanti cahaya bulan samar samar pada mendung malam.. Terasa amat susah di lihat, kadang gelap dalam terang sedang pungguk masih dalam setia.. Dan percayalah cahaya matahari esoknya pasti lebih bersinar di pagi yang nyaman..

Buat hati yang lara, terima dan pupuklah cinta baru yang hadir.. Selamilah jiwa yang berhak dan lupakan saja angan yang panjang ~






Comments
5 Comments

5 Orang Yang Prihatin:

Chempaka Sari said...

sangat romantis dan bermotivasi...

anGah said...

chempaka: cikgu.. lama tak nampak.. hoho

greenrose said...

mmg hati ini lara kerana aku tetap mencintai dirinya...

MisZz NaiEra said...

yup.. aku p0wn sdg lara merindui dy.. se0lah2 ati ni xdpt menerima.. sdgkn ak redha ats semuanya..

Ya Allah.., pew lah nk jdngn dry aku nie..

seorang NaimaH said...

tapi tahukan betapa sakitnya cinta baru itu untuk terus bertahan agar satu masa nanti dia berpaling dan mencintainya sesungguhnya....
haih.....kenapalah kenangan sukar dilupakan?

T_T aku juga menyayanginya dalam dia sedari atau tidak.

sedih sangat mengenangkan dia merana mengingatkan cinta lama sedangkan kita sentiasa di sisi menemani cuba merawat lara...

mungkin aku hanya sandaran .....