Mengapa ada 10 sebab jangan jatuh cinta dengan suami orang
1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...
*ni bukan dari aku.. ni sumber asal rasanya.. mula aku baca dekat blog neh..
aku share seb aku rasa memang ada betoi point neh.. huhu
Friday, April 15, 2011
10 sebab kenapa jangan jatuh cinta dengan suami orang
21 Orang Yang Prihatin:
- miss hanna said...
-
setuju dan sy bntah pd orang yg suka laki orang ni.renungkanlah~
- April 15, 2011 at 7:31 AM
- Lia Irdelia said...
-
hmm.. kdg2 cinta itu membutakan mata dan hati..
- April 15, 2011 at 8:34 AM
-
-
Katakan tidak pada skandal dgn suami org... i hate sgt pd perempuan2 perampas!!
- April 15, 2011 at 3:25 PM
- Numasara Hana said...
-
hope tidak dijodohkan dgn suami org....
- April 15, 2011 at 3:33 PM
-
-
hmm...mcm2 org n mcm2 alasannya berbuat mcm tu... tp kna cba untk elkkn...
- April 15, 2011 at 5:17 PM
- Nurul EL-Huda said...
-
m0ga2 x terkandas dlm kancah percintaan seperti nie.....
heee,
(= - April 15, 2011 at 5:31 PM
-
-
izin share ye..tq
- April 15, 2011 at 7:01 PM
-
-
:(
- April 15, 2011 at 8:26 PM
- MulutPayau said...
-
oleh itu...jngn cuba2 brcinta dgn suami orang...bnyak keburukannya...renung2 dan fikir2kanlah...
- April 16, 2011 at 1:44 AM
- Nur Amy Yussiela said...
-
nk copy bley???heee
- May 3, 2011 at 10:35 PM
-
-
tk kena kt tuan blog ni bleh laa ckp...kang Allah
terbalik kn hati tiba2 jatuh cinta kt suami org baru tau.. - November 29, 2011 at 9:38 AM
-
-
Seboleh2 nya elakan bila dah tahu...tp jodoh ptemuan dtgn tuhan..redha dlm pasrah..
- January 26, 2012 at 11:06 PM
- Alam said...
-
Dalam agama berkahwin lebih dari satu bukan kesalahan tapi untuk melakukannya wajib rujuk pada saranan agama mengapa poligami diharuskan.Bukan sebab wanita itu cantik dan pandai melayan semat-mata
- November 22, 2012 at 10:38 PM
- Unknown said...
-
salam, saya setuju dng Alam..ya, sapa sbg wanita sanggup jd no.2..dah 2 terpaksa jumpa snyap2..dlm kes ni..stp mslah adlh jln keluarnya..masyrakat melayu skrg ni suka menyulitkn benda2 mudah..Islamkn xmelarangkn poligami,sy ckp ni bkn sy no.2 ttp sy berharap masyarakat memudahkn naluri mausia..biasalh lelaki selaluny 1 xcukup.N yg ckp kat atas 2, xkene btg hidung lg.
- March 24, 2013 at 5:24 PM
- Unknown said...
-
yup..saya pon
- May 19, 2013 at 1:12 AM
- Unknown said...
-
yer saye pun setuju..tapi fikir balik ade betol gak ayat2 diats..sy pernah gak bcinta ngn suami org, mula2nye sy xkesah, bila fikir sy ni cm berdosa lak bt hubungn sulit..cian gak his wife.But at da same time cian gak kt suami org ni, dia xdpt lynn dr wife die, hubungn dorang hambar..wife die garang n bekerjaya..so last2 sy decided undur diri..cam nak gila gak tinggalkn die, but rather tgk wife merana..so skrg pun sy tgk die cm happy je ngn wife die..cian kan kat saya??Allah itu ada..moga sy lebih bahagia pasni aminn..
- September 8, 2013 at 5:21 AM
- pomentx1 said...
-
sy kawin 2.bukan sb 1st wife x layan,x cantik(kalau berjalan seorg masih ada org mengorat,kt fb pun ada nk kenal) tp sb keinginan sy pd wanita yg sama ciri2nya dgn 1 wife sy.putih,chubby skit,sama @ tinggi dr sy.x sesuai mengatakan hubungan sulit sb sulit tu bermaksud sex.sy mau yg halal.kalau x halal,x perlulah kawin..melambak escort girl kt kl ni.pilih je nk yg mana
- October 30, 2013 at 11:54 AM
- pomentx1 said...
-
jgnlah terlalu terikut2 semangat feminisme barat.mereka tu x agama.kawin 2 x bleh tp free sex,touch n go bleh..tgk balik apa yg islam wariskan pd kita iaitu Quran & hadis.mmg la terpaksa tipu bini semata2 nk jumpa awak tp kene ingat dia wat camtu sb dia sayang kt awk.hargai kejujurannya.nanti terlalu nk lelaki bujang,dah kawin rupa2nya tertipu dgn perangai yg sebenar.budak off sy tertipu dgn suaminya.masa bercinta mengaku duda(berdasarkan surat cerai) tp dia x tau bahwa mmg perangai dia kawin cerai,utang banyak,pukul bini.lebih baik kawin suami org yg awal2 lg dah jujur,relex..
- October 30, 2013 at 12:07 PM
- pomentx1 said...
-
Alhamdullilah,sekarang everything is ok.umur sy skrg 39(sebaya dgn 1st wife).2nd wife 30,dah ada anak.1st wife jaga sb 1st wife x keje.anak2 dah besa,mereka pun suka ada adik kecil.pakej dpt adik & mak extra percuma..heheh.syok gak bila jalan2 bw kedua2 wife.aman je.abis la mulut2 longkang kata kawin 2 mcm penjenayah sb tgk kehidupan sy.diakui tanpa pendekatan islam,susah gak nk tenangkan.mula2 tu biasa la tp berkat tips dr otai2 yg kawin lebih dr 1,semua settle dgn cara baik
- October 30, 2013 at 12:15 PM
- pomentx1 said...
-
perampas????ko ingat kasih sayang kalau dibahagi2 bleh jd kurang ke..kalau ko letak syarat nk kawin dgn aku,ceraikan bini sekarang,100% aku stuju gelaran perampas tu sesuai tp kalau ko stuju utk berkongsi kasih,dpt payung emas sayang(ni utk org pecaya pd islam je la, tp kalau ko rasa pemikiran sekular,biarlah la suami ko dpt belaian escort girl asal x kawin 2..)
- October 30, 2013 at 12:24 PM
- pomentx1 said...
-
mau x mahu korang kene terima hakikat bahwa golongan yg benar2 lelaki semakin kureng..lelaki tp perangai buruk.lelaki tp gay.lelaki tp bapuk.lelaki tp x keinginan nk kawin.tu blum cite yg tersadai kt pusat serenti & penjara.bukan la claim sy bagus(ramai gi lelaki@ suami org yg lebih baik dr sy )
- October 30, 2013 at 12:32 PM