Jatuh cinta pada seseorang sememangnya pengalaman yang mengasyikkan.. Sering kita lupa masalah yang melanda.. Kita dunia kita sendiri.. Adakah kamu tahu bila kamu jatuh cinta? Sedarkah kamu bila masa kamu jatuh cinta? Di sini beberapa gejala gejala jatuh cinta yang dalam sedar atau tidak yang sebenarnya kamu telah jatuh cinta..
- Kala malam kamu amat susah sekali untuk tidur.. Biasanya kamu jarang mengalami masalah ini.. Tapi setelah berkenalan dengannya.. Atau setelah bertemunya.. Ingatan kamu kepada dia amat kuat sekali.. Sehingga mengganggu waktu beradumu.. Hendak memejam mata, teringatkan wajahnya..
- Ada getaran di dalam jiwa.. Asyik saja diri terasa berdebar debar.. Kamu tidak menjadi diri kamu yang sebenarnya, sentiasa dalam kelam kabut bila si dia memandang kamu.. Sedang si dia bertegur sapa, kamu ang mengelabah.. Perasaan kamu berdebar debar dan jantung berdegub kencang pabila berada dekat denganya.. Gemuruh sungguh kamu eh..
- Semakin hari semakin kamu mencari cari perihal si dia.. Kamu akan selidik kisah kisah dia.. Akan mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia.. Pabila ada seseorang mencerita mengenai si dia, kamu akan tekun mendengarnya.. Kamu tak jemu jemu mendengar semua cerita mengenainya.. Seolah mahu tahu dari kecil hinggakan dia yang baru..
- Resah gelisah hati anda dan tercari kamu di mana si dia.. Kadang ternanti nanti bila kemunculan si dia.. Pelbagal alasan kamu beri untuk bertemu dan bersua muka.. Hati sudah mula tak tenang kerana tak ternampak wajahnya..
- Cemburu anda menjadi jadi.. Kamu tidak dapat mengawal perasaan cemburu bila si dia berbual mesra dengan orang lain meskinpun sekadar teman biasa.. Jika ingin ikutkan hati kamu, cuma dia hanya boleh melayan kamu seorang saja.. Kadang sikap cemburu kamu disedari oleh kawan kawan anda sendiri..
Sebenarnya banyak lagi gejala gejala petanda jatuh cinta neh.. Nak saja dihuraikan kesemuanya..
Kita sambung Part yang seterusnya.. Hehe