Tuesday, April 5, 2011

Diam bukan erti salah


Berdiam dari membalas kata itu mungkin aku.. Lebih senang untuk berdiam diri dari terus mempertahankan sesuatu.. Mungkin itu sifatku.. Itu kelemahanku kadang kata tidak terucap bila diberi tohmahan yang menghiris kalbu..

Sejauh mana lagi kebenaran itu, jika aku terus mendiam diri? Tiada ruang untuk aku berbicara tentang soal kepentingan aku.. Terasa diri amat hina dan kalah bila di tuju tuju dengan kata kata yang tiada erti.. Seolah aku yang bersalah..


Kadang aku diam bukan bermaksud aku mengakui salahku.. Memang di luar banyak bicaraku tiada pangkalnya.. Petahku berkata kadang tidak membawa maksud yang mendalam.. Tapi kadang jua aku diam bukan bererti aku kalah.. Memberi ruang pada satu kata kata yang amat pedih didengar.. Supaya aku kenal hati budimu..

Sesetengah orang memang begitu sifatnya.. Amat mementingkan diri sendiri tanpa mahu mengerti suasana yang sedang kita lalui.. Terus cuba untuk salahkan orang lain dan menutup kekurangan diri dan menidakkan kebenaran demi menyembunyikan kelemahan..

Dan aku juga akui, aku ini insan yang lemah.. Kadang banyak salah yang dalam.. Siapa aku lagi, janganlah cuba untuk di sakiti.. Kamu dengan jalanmu.. Aku dengan caraku.. Mungkin kita berbeza namun kita juga ada persamaan.. Kita hamba Allah yang banyak kelemahan



Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

Anonymous said...

alhamdulillah.. akhirnya terjawab jgk knapa diriku sering berdiam diri.. makasih!

anGah said...

sama sama anonymous....

MisZz LuVr3 said...

nk share.. =)