Wednesday, July 13, 2011

Kadang Cinta Itu Ada di Depan Kita







....Ingin aku mendaki semula ke tangga tangga ke pintu bahagia, mencari cahaya cinta yang sebenarnya pernah ada antara aku dan kamu...

Dalam hidup ini, kita perlukan sesuatu dalam istilah menerima dan memberi.. Timbal balik daripada sesuatu yang diterima dan diberi melahirkan suatu perasaan menghargai antara satu sama lain.. Perasaan dalam menghargai sesuatu atau seseorang tidak semestinya dinyatakan dalam bentuk tutur kata..

Kadang dalam menghayati sesebuah erti perhubungan dan perasaan cinta itu diluahkan di dalam bentuk perbuatan.. Butakah mata yang memandang sepi akan terzahirnya sesuatu, tidak dapat menilai ertinya bahasa tubuh yang dipamerkan.. Tidak memahami atau sengaja membiarkan diri dirangkap sombong akan diri dalam menghargai sesuatu yang di hadapannya..

Orang yang menyintaimu, kadang tidak meluahkan kata cinta setiap masa.. Hanya kadang kadang masa yang amat bererti dan sesuai sahaja akan diungkapkan.. Namun dari segi perbuatannya, di setiap layanan yang diberikan tersuratnya makna tersirat.. Dan mungkin itu caranya menghayati setiap saat bersama kamu

Kamu akan selalu mengingati kata kata yang di ucapkan oleh pasangan kamu dulu di saat pertemuan.. Dan kata kata yang di ucapkan sering bermain di minda dan fikiran dan selalu terpahat di dalam memori kamu.. Kadang kata kata yang dilemparkan oleh si dia menjadi sumber semangat kamu dalam melakukan sesuatu atau menjadi panduan..

Buat seseorang yang masih mencintai dan menaruh harapan,  pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Kita akan selalu leka akan perkara yang selalu asyik di buai dengan perasaan sedangkan berada kita di sini bukanlah menyesali perkara yang lepas.. Namun sekuat mana kita untuk melupakan, kuat lagi kenangan itu datang mengusik di sanubari..

Itulah kita, dan bila perginya seseorang tanpa kita sedari.. Dan di saat kita terasa kehilangannya, baru menyesali bahawa si dia benar benar menyintai kita.. Kerana kita tidak menghargai tika ada..

Tiada guna punyai hati tapi tidak dapat menilai erti kasih yang diberi.. Tiada guna punyai mata jika hanya memandang tanpa melihat budinya.. Belajarlah menghargai.. Kenalilah hatinya..

Aku mentari tapi tak menghangatkanmu
Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
Aku sang bulan tak menerangi malammu
Aku lah bintang yang hilang ditelan kegelapan


*Sesaja takde keja dekat office.. eh bukan takde keja.. sesambil buat kerja.. muahaha 



Comments
9 Comments

9 Orang Yang Prihatin:

~nsar~ said...

tapi bila dia dah tak da... hanya kenangan untuk dihargai..

mR.sAm said...

menarik

nuruhuda_329 said...

singgah n follow kamoo^-^

Lys said...

btol ke cinta tu da ade kat depan mata kite..
tp knp kite blom pnh dipertemukan dengan si dye???

Mohd Afendi Bin Zainal said...

Tula cabaran yang paling dasyat dalam perhubungan...ape yg ad di depan mata selalu kita lupakan dan buat x peduli... Tp bila da xde bru terkial2 nk cari blikkan..ish3x....Dan saat tula bru terasa yg kita sedang kehilangan sesuatu yg paling brharga dalam hidup kita....:-)

Anonymous said...

ak syg dy g..law un cm2 dy wt ak sket t..tpi ak still g na kn dy..npe ea...ak keliru ney

Cahaya Keharuman said...

cinta umpama layang2 yg tinggi melayang... jika tiada angin maka akan tersungkurlah layang2 itu... begitu juga nga cinta jika tiada kejujuran dan kepercayaan maka lunturlah cinta lam ati kita...

✿Miss Ruby✿ said...

betul betul betul!
touching bace entry nih
tetibe terroll balik cter dulu2.
T_______T

Anonymous said...

ak je yg x nampak,mybe magic kot