Thursday, July 7, 2011

Berpisah kita cuma mati

Berpisah kita cuma mati

Sayang dia kerana dia jodoh kita, lihat dia kerana dia syurga kita, peluk dia kerana dia hangat cinta kita, senyum padanya kerana dia matahari kita.. Percaya pada takdir kerana andai telah tersurat dia jodoh kamu, maka terimalah dia seadanya sebagai milikmu

Akan ku angkat janji kita, dalam mencari keredhaanNya.. Kita bertemu dan kita bersama.. Di saat kamu menjadi halal bagiku, telah tersemat sumpahku di dalam erat dada.. Akan ku perjuangkan cinta ini hingga selamanya..

Walau sebenarnya, kadang aku masih begini.. Amat berat mulut berbicara kasih.. Walau kata kata yang dapat menggegarkan hatimu amat jarang ku luahkan.. Namun bukanlah bererti, bahasa tubuhku menidakkan apa yang tersurat..

Buat kasih yang tidak pernah ku singkap ertinya.. Di mana lagi nilai kemewahan cinta yang dapatku tunjukkan.. Bukan kekasih namanya, andai kita tidak pernah merindu dan cemburu..

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis.. Mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka

Kerana kamu bukanlah yang pertama buatku.. Tapi ku kan kotakan menjadi yang terakhir buat kita..

Kita ini dalam banyaknya suratan kehidupan, kita tidak lebih dari seumpama bingkisan layang layang yang kadang kala terlepas dari mata memandang. Kita disayangi oleh ramai orang tapi pada hikayat pinggiran sebuah hati dalam kehidupan, kita hanyalah seorang manusia bisu yang berdiri dalam tengah pekat gelap malam

Aku bukanlah mencari kesempurnaan siapa di sisiku, tapi aku mencari pelengkap hidupku untuk menjadi kehidupan yang lebih sempurna.. Adanya kita, sama sama mencari keredhaanNya dalam dugaan dan ujian di muka bumi milik Allah SWT



Comments
7 Comments

7 Orang Yang Prihatin:

Chempaka Sari said...

mereka yg betul2 bahagia, adalah mereka yg telah melalui duka..menangislah, untuk kite lebih hargai nilai airmata itu.. peace!

PeRmAtA bIrU said...

hurm... termenung sejenak membaca penulisan nih...
benar... dalam mencari cinta bukanlah meminta yang sempurna.. namun mengharapkan pelengkap hidup kita agar ia lebih sempurna...:)

Sunah Sakura said...

kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis...
yang rasa sakit kerana cinta
yang rasa perit kerana merindu
yang rasa pedih kerana cemburu

kerana mereka lebih tahu erti menghargai...

papamaricano said...

best

Anastasia said...

sekurang-kurangnya dah pernah try. :)

misskandorian said...

speechless...

=kiela= said...

teringin nk share