Saturday, July 30, 2011

Rahsia Wanita Part 2

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.. Adakalanya wanita mahu bersama kamu dalam ruang santai dan penuh senda gurau..

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan RESPON POSITIF misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tidak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10 minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.. Perempuan suka jual mahal!!

13. Sekuntum SENYUMAN memberi seribu erti bagi wanita.. Jadi jangan senyum sebarangan.. Biasalah, perempuan adakalanya cepat perasan dan hatinya cepat terbuai..

14. Jika kamu menyukai wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.. Kemudian biarkan diamengenalimu dengan lebih mendalam.. Jangan gelojoh kerana perempuan tidak suka lelaki gopoh..

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu..

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia terus menghubungi kamu dan menunggu panggilan dari kamu, teruskan usaha untuk memikatnya sehingga dapat..

17. Jangan sesekali MENEKA apa yang dirasakan.. TANYA dia sendiri kerana hati perempuan sukar diramal tetapi jangan salahkan perempuan sebab mereka ada pusingan hormon yang tidak menentu..

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia sering tertanya-tanya kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini terlebih awal.. Dia lebih baik dari kekasih aku!

19. Kamu masih tercari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan diri menyelak buku-buku cinta..

20. Dalamnya cinta, perempuan apabila menyelak album yang telah siap,gambar yang pertama dilihat adalan teman lelakinya.. Begitulah juga kala membaca zodiak.. Dirinya adalah yang kedua selepas mengetahui hal kamu, TAHU?!



* Entry ini bukan dari aku.. Share dari note note facebook.. Tak tahu sumber yang asli.. Rasanya banyak org dh share.. Menarik mengenai wanita.. Sekadar berkongsi



Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

Norani Shuhada Blogspot said...

no 12 tuu kebanyakkan wanita mmg mcam tuuu...
msti laaa kene jual mahal ! hehehehhehe..


http://peachippo.blogspot.com/2011/07/sape-ganti-pose-hari-ni.html

Bicara Bisu said...

hhhuuhhu,,,
setuju yg num 1..

Anonymous said...

enta x taw ,xdde pn satu yg diatas wekk