Wednesday, July 20, 2011

Luahan Jiwa



Semakin lama dan semakin asyik selalu membuatkan semakin menjauh.. Dan dalam melakarkan satu keluhan, semakin aku hilang dalam arah.. Kata hati, kadang aku lupa dan terus alpa..

Jika pada tika itu, terlintas cuma satu luahan.. Yang beban kadang aku rasa amat perit untuk didiamkan.. Dan amat aku yakin dan pasti, tiada sesiapa yang memahami akan satu suara.. Semakin serak dan tenggelam..

Ada aku umpama angin lalu.. Yang rasanya seketika.. Ada aku seakan rintik embun malam.. Hilang sebelum mentari subuh.. Ada aku kadang sebuah cerita.. 

Aku cuma coretan bisu tiada ada satu kerdipan.. Aku ada bukan kerana kamu.. Kerana aku bukanlah siapa siapa bagimu.. Kerana aku bukan jua kamu.. Kerana aku cuma watak kerdil.. Kerana aku jua ada salahnya..

Semakin lama, semakin asyik.. Antara sebuah maya yang semakin mekar.. Takut aku akan satu rasa.. Hilangnya arah yang dulunya aku junjung tiba.. 

Jangan ditanya apa mahuku.. Jangan di angkat sebujur tubuh.. Cuma lihat akan rasaku.. Agar menjadi pendoman sayu.. 




Comments
1 Comments

1 Orang Yang Prihatin:

Fadah said...

first time masuk sini...
memang sempoi kat sini...