Tuesday, July 12, 2011

Cinta Aku Dia Dan Kamu?


Yang terindah tak selamanya dikenang,dan yang pahit tak semestinya dilupakan..

Cinta kadang datang dalam tika tiada rasa akan akal.. Memanjat memberi kemanisan begitu enaknya bercinta.. Namun kadang cinta itu datang tika masa yang salah.. Tempat yang salah.. Dan waktu yang salah.. Bukan kerana menidakkan akan wujudnya cinta itu.. Cuma cinta yang datang adalah cinta nafsu

Pernahkah kita terfikir, skandal, orang ketiga dan teman tapi mesra membawa maksud yang berlainan tapi watak di dalam cerita selalu di salahkan.. Mereka juga mempunyai perasaan dan hati utk bercinta dan menyintai.. Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka menjadi yang terutama.. Mungkin jika di beri peluang, mereka sanggup untuk setia dan menerima seadanya

Bukan suasana dan jalan cerita tidak diketahui.. Dikau kepunyaan orang, namun hadir perasaan sayang dan kasih ini tidak ku pinta.. Naluri ingin menidakkan datangnya cinta yang bersemi namun tidak aku mempunyai kekuatan menghalangnya.. Begitu sakit menjadi orang ketiga dalam hubungan kamu berdua namun, kita semakin jauh.. Aku keliru menjadi takut menerima kenyataan

Mengapa perhatian kamu berikan padaku sedangkan kamu sudah berpunya.. Mengapa begitu memberikan janji yang kita sama sama tahu amat susah kamu kotai.. Aku tahu kamu sayangkan aku namun dalam hatimu jua masih ada si dia insan di sampingmu.. Makin kuat aku untuk melangkah pergi, makin erat cinta hadir antara kita.. Menjadi orang ketiga amat terseksa jiwaku, tiada siapa tahu dan paham rasaku

Memang menyakitkan hati dan terseksa batin ini pabila menyintai seseorang dan sebenarnya cinta tapi orang yang kita cinta itu sebenarnya milik orang lain.. Seolah satu permainan jiwa memutarkan pelbagal bentuk rasa di dalamnya.. Ada rasa cemburu yang membuak buak.. Ada rasa dengki dan iri hati pada pasangan lain.. Dan macam macam perasaan yang hadir..

Menjadi cinta orang ketiga ini memang banyak cabaran dan dugaan.. Kadang orang tidak mahu menyelami perasaan mereka mereka yang menjadi cinta terlarang ini sebagai satu panduan dan pendoman.. Mereka tidak pernah menyangka rasa yang hadir itu cinta.. Kadang rasa itu datang langsung tidak di sedari.. Kerana datang cinta itu dengan bermacam macam cara..

Kita bertemu dan bersua untuk merasakan cinta yang mekar.. Kita berjalan bersama sama menuju puncak bahagia.. Mana sedihmu pasti ada air mataku.. Tawaku terukir senyumanmu kelihatan.. Dan kita sama sama menempuh suka dan duka.. Namun bertemu kita, hanya untuk bercinta dan bersua.. Bukan untuk bersama sama memiliki impian


Dulu aku memang rasa cinta itu tebal dan dalam.. Dimana ada kamu, di situ kita berjanji setia.. Tapi kini sudah berlalu.. Cinta kasih aku pada kamu sudah pudar.. Lebih baik aku lepaskan saja kamu dari terus menyiksa dan berpura pura.. Bukan aku sengaja memungkiri janji tapi apa gunanya kita masih bersama sedangkan hati...ku kini sudah milik orang lain.. Maafkan aku, menyatakan kebenaran dari terus kamu terseksa

Melepaskan orang yang sangat di sayangi dan dicintai memang menyakitkan, namun di dalam keadaan menyakitkan, ada hikmah di sebaliknya.. Cinta itu begitu besar pengertiannya.. Dan ada kalanya.. Cinta dalam diam lebih bererti..

*Entry kali ini secara meluas menyentuh SKANDAL, ORANG KETIGA, KEKASIH SIMPANAN atau GELAP, dan TEMAN TAPI MESRA.. Jika kesempatan, aku cuba untuk mencari makna di setiap maksud cinta terlarang ini.. Kadang mungkin pendapat dalam pandangan aku salah dalam menilai erti perasaan ini..
Banyak nak sentuh bab orang ketiga / skandal / kekasih simpanan atau gelap / teman tapi mesra ini.. cuma tidak ada peluang untuk huraikan lebih tepat dan mendalam.. Jika ada yang ingin berkongsi rasa, sila PM saya.. Identiti akan dirahsiakan..



Comments
13 Comments

13 Orang Yang Prihatin:

dan said...

orang yg rasa jerk tau sakitnya ble cinta kite hadirnya orang ketiga..beleive me..sakitnya mmg tersagt sakit..penah rasa dan sedang rasa..huhu..nak nangis guling2...

Cikzira said...

Saya sebagai orang ketiga. Bermula sebagai teman rapat. 2tahun sembunyikan perhubungan daripada diketahui semua rakan sediploma kerana kami bertiga dalam kelas yang sama. Bukan tak pernah cuba menjarakkan diri, selalu kuatkan diri untuk pergi. Namun mula timbul rasa sayang hinggakan tak boleh menerima lelaki lain sebagai kekasih. Hinggalah saya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, ketika dia bergaduh dengan teman wanitanya berkaitan saya lalu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan saya dan tidak mahu berscandel. Memang sedih saya akui. Namun, setelah beberapa hari, dia kembali menghubungi saya menyatakan dia sudah berfikir panjang. Dia kembali pada saya menyatakan rasa sayang nya pada saya lebih mendalam berbanding rasanya kepada teman wanitanya. Memang rasa bersalah itu hadir, dan saya terfikir adakah saya seorang yang jahat. Bukan saya tak redha dengan perpisahan itu, selepas dia tinggalkan saya, saya sudah sikit-sikit mula mencuba untuk melupakannya. Namun dia yang mula kembali pada saya. Tapi sekarang sudah hampir setahun selepas kejadian itu, dan dia masih milik saya yang sudahpun berjanji untuk setia. Alhamdulillah. Namun rasa bersalah itu masih menyelubungi walaupun dia selalu nyatakan itu bukan salah saya.

epics said...

cinta aku, dia dan kambing aku. aku clash dengan makwe aku semata-mata nak jaga hati kambing aku.

greenrose said...

like...mcm mane nak send email kat angah nie coz sy tak ade FB...tak ade email ke?

chenta ツ said...

setuju.... nak share...

garThiez spEcial said...

nape ada kayu 3 dlm hdup ni?:)

Anastasia said...

jadi yg ketiga sangat menyesakkan. :')

Sue Iena said...

aq pula walau xpernah berdepan dgn org ktiga dlm hbngan cinta antara aq dan die namun aq tau aq xkan mampu terima yg aq perlu berkongsi kasih dgn org laen...aq lbih rela bersendiri..

~zEy_ti~ said...

hmmm tp sy syg kan dia.. salah ke kalau kita berkongsi.. itu kan lg afdal.. mcm mana kalau btol2 ditakdirkan tuhan kite mmg bermadu.. :(

Farah Ain Abdullah said...

sy mangsa cinta segi ex sy...ex sy berskndl dgn seorg pmpuan yg myb lbh cntik n berani dr sy...ingt hbgn mereka setakat kwn tp rupenye smpi ke katil...mati2 dia xnk mengaku..demi nk membuktikn dia x berslh sgup dia bw mak dia utk meminang sy tp sy menolak n trus tinggalkn dia sbb sy nk dia bertgungjwb pd pmpuan tu..xlame pas clash br sy tahu pmpuan tu bohsia so x heran la klu dia sgup tido dgn ex sy...sy lega dpt tglkn dia...sekurg2nye sy x jd mgsa nfsu dia...even cinta dia setgh mati sy redha clash dgn dia..n skrg dh pun bahagia dgn yg len..

nana said...

hye!!saya da tergolong dalam keadaan ini.. minta pendapat dari anda.. :)

Anonymous said...

yg dlu ak da xde pe pe,ikhlas skt pn ak da x de aty,law yg lilin ad ad aty ak ngn die,

Lia Irdelia said...

menikmati saat sukar dalam hidup..
kdgkala titisan air mata yg jatuh bisa membuatkan kita lebih kuat.. dan berusaha agar tidak lagi mengulangi kesilapan cinta semalam..