Monday, July 25, 2011

Jika Dengar Akan Luahku



Jauh itu satu jarak tempat yang tidak tercapai akal kita untuk menghitung.. Kadang terasa amat rindukan satu perasaan yang sukar dinyatakan.. Jauh itu membuatkan kita selalu terasa satu kehilangan yang kadang kita langsung tidak menghargainya tika berdekatan..

Assalamualaikum

Aku tertarik untuk menulis satu entry pada pendapat dan luahan aku sendiri pada kali ini.. Selalu aku fikirkan untuk memberi pendapat tentang asalnya ada blog jiwa jiwa.. Dan sekarang aku rasa masa yang sesuai untuk aku luahakan..

1- Aku cuba elak untuk tidak menceritakan soal luahan hati aku di dalam blog ini.. Dan selalu aku postkan entry entry yang berkisar tentang perasaan.. Memang apa yang ku tulis cuba aku tunjukkan di dalam blog ini.. Tapi tidak semestinya aku di dalam alam sendiri.. Sebagai contoh ada beberapa entry berkisar tentang soal rindu, sepi dan dan sayu.. Sebenarnya aku cuma mendalami beberapa watak teman atau kenalan sekeliling aku.. Dan aku cuba tonjolkan di dalam bentuk penulisan.. Bukan aku bercakap aku tiada soal rasa perasaan sepi sunyi rindu atau sayu.. Cuma aku cuba untuk menjadi seseorang itu jika rasa itu hadir.. Aku cuba memberi gambaran secara kasar atau mendalam sesuatu bentuk rasa..

2- Blog ini bukan blog peribadi yang mengisahkan kehidupan aku.. Dan kadang aku risau serta takut jika ada kenalan kenalan aku, saudara saudara aku merasakan aku begitu.. Sungguh di dalam blog ini sudah ada saudara saudaraku yang membaca dan menjadi follower.. Ada juga kenalan rapatku di sini.. Itulah sebab kena identiti aku terpaksa dirahsiakan.. Aku takut niat aku untuk menulis dan menghasilkan satu satu entry ini terbatas dan di salah tafsir.. Di dunia luar sana, kita punyai kehidupan yang berbeza dengan kehidupan di dalam alam maya ini..

3- Kadang pendapat aku dan pandangan aku salah.. Kerana mungkin aku menulis mengikut hawa nafsu aku tanpa dikaji semasak masaknya sebelum di post.. Dan itulah aku perlukan teguran membina untuk menghasilkan yang lebih bermutu di masa depan.. Dan kadang aku juga rasakan gaya penulisan aku teruk.. Selalu mengunakan ayat yang berulang ulang atau frasa yang salah di dalam bahasa melayu.. Maaf~

4- Kadang ada juga hasil nukilan yang tak seberapa ini di share atau copy paste.. Memang di dalam dunia internet ini, kita tak dapat menghalang untuk di copy paste atau di share.. aku rasa tiada masalah kalau untuk copy paste.. Sila.. Aku benarkan.. Cuma aku pohon agar minta izin dulu dan letakkan balik link/credit.. Rasa sejuk dan tersenyum aku sendirian melihatnya..

5- Aku akui dalam blog ini juga aku ada copy paste mana mana sumber.. Dan aku dah tahu mcm mana nak letakkan link.. Dan sila rujuk link atau sumber..


6- Soalnya utama ingin aku nyatakan sebenarnya kisah kisah di dalam entry ini tidak semestinya berkisahkan kehidupan aku sendiri.. Aku suka menceritakan sesuatu ke dalam bentuk penulisan..


7- Pesan aku, sila nilai semula hasil nukilan aku ini.. Sila rujuk dahulu sebelum diguna pakai pendapat dan pandangan aku di dalam blog ini.. Kerana aku jua manusia biasa.. Aku takut, bila pendapat aku salah.. Sila nilai dulu..


8- Dan aku jua bukan Dr Love or Pakar Hati atau apa apa aja pasai rawatan jiwa ini.. Aku cuma sekadar suka menulis dan meluahkan rasa.. Dan bukan semua betul, sila kaji dan buat rujukan.. Takut di salah erti.. Terima kasih..

Untuk menghasilkan sesuatu entry berkisah tentang perasaan ini aku rasa susah.. Dan kadang mengambil masa.. Kerana bukan semua benda aku tahu.. Sedangkan aku juga manusia biasa.. Kadang aku menulis mengikut perasaan aku sendiri.. Dan kerana itulah masih lagi di tahap yang mengecewakan.. Aku bukanlah pandai..

Repost and Edit - Buat tatapan yang baru mengenal blog jiwa jiwa



Comments
2 Comments

2 Orang Yang Prihatin:

PeRmAtA bIrU said...

memang kadang2 kita perlu berahsia untuk jadi orang yang flexible.. sebab adakala, org yang rapat dgn kita x mampu menjadi se"flexible" yang kita harapkan... siapa pon encik angah dan apapon pemikiran encik angah... perkara berkaitan jiwa dan perasaan ni kadangkala dilalui oleh semua org.. cuma cara kita mentafsirkannya saja berbeza.. soal jiwa tiada yang salah selagi kita tak melampaui batas... kan???...:)

Syazmira Suhaimi said...

great lah angah. gaya penulis seakan2 diri benar2 mengalami situasi2 mcm tuhh~ :)