Monday, July 4, 2011

Jika kamu mendengar akan aku

Jangan lupa asalmu

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya.. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya

Dulu kamu tidak punya apa.. Mencari cahaya di sebalik gelapnya hati.. Menempuh kekurangan diri yang sentiasa menjadi sakitnya naluri.. Langkah saja kakimu, pasti ada jejak yang ada.. Datang mencemuh kala terdiamnya kamu dalam berbicara..

Bicara aku dalam maya.. Ada aku, cuma sebaris kata.. Yang kadang hanya memberi luka dan kesannya amat sakit untuk dirasa.. Kadang aku membicara tentant adanya cinta.. Sedangkan siapa tahu apa ertinya pada aku dan kamu.. Cuma hanya menjadi mata yang memandang sunyi..

Ada aku, menyampaikan satu cerita.. Satu kisah dusta menjadi kiasan pada kasih.. Masih dalam angan yang panjang dan hanyut di dalam maya.. Menjadi ikutan pada tangan yang di hulur, sedangkan kita semakin lama semakin jauh.. Dalam mengenal erti budinya hati sendiri..

Ada aku, tiada siapa menduga.. Hanya menjadi tatapan maya.. Menjadi suara di balik akan rasa.. Mencari kekuatan di mana pernah dulu ada kasih.. Pernah dulu, menjadi lautan yang terbentang.. Pernah dulu menjadi bayang yang semakin hilang..

Aku tahu, kamu mendengar akan rasa aku.. Aku tahu kamu masih mencari rindu diantara dunia kita.. Kalau kamu ingin bertanya apa rasaku.. Sungguh aku sentiasa rindu akan kamu.. Kerana kamu pernah menjadi kesayanganku..

Tapi kini, kita bukan aku dan kamu yang dulu.. Aku kini punya satu hidupan baru.. Bahagia aku bukan terletak pada kamu.. Bahagia kamu bukannya pada aku.. Dan bahagia kita bukan kita yang punya.. Kerana bahagia itu, adalah satu rasa tenangnya jiwa dalam menjejak ertinya cinta..

Jika masih mendengar akan nukilanku, tiada apa yang kupinta.. Renung jauh masa lalu.. Mana asalmu, mana darimu.. Jangan lupa mana kamu dulu~


*Baru sampai dari Kampung.. Masuk kerja hari ini setelah seminggu lebih cuti.. Semangat kerja.. Siap siap kerja oiii.. muahaha




Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

Anonymous said...

wooo terkesimawati membace nye huhuhu

aizamia3 said...

seronok cuti rasa liat nak kerja tapi itulah sumber pendapatan yang perlu diutamakan.. ;)

shandye. said...

yang penting jangan sesekali membelakangi Sang Pencipta.