Tuesday, July 12, 2011

Jika Dibiarkan Luka, Pasti Akan Menanah



Ya Allah,andai perasaan kasih dan cinta ku ini tidak bermakna lagi,lenyapkanlah ia dari dalam diriku..kerna ku tak berdaya, melayari hari-hari yang berlalu tanpa merindukannya..

Dalam kehidupan kita seharian, pasti tidak akan lari dari persoalan soal hati.. Di dalam kita berurusan dengan kesibukan hari demi hari, akan sentiasa kita terfikir mengenai perasaan cinta.. Apakah sebenarnya cinta? Sedang aku sendiri masih lagi samar di dalam pengertian cinta.. Sedang aku sendiri masih memburu cinta.. Sedang aku masih mencari cinta.. Apakah cinta itu?

Dan aku percaya, dalam kita tidak tahu pengertiaan dan maksud yang sebenarnya cinta.. Kita mengaku kita pernah jatuh cinta.. Kita mengatakan kita di lamun cinta.. Kita asyik dengan asmara cinta.. Akan tetapi, apakah sebenarnya cinta itu pada kita..

...Dia cintaku yang terakhir.. Aku akan cintakan dia sampai bila-bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama...

Kadang aku sendiri dapat merasakan sesuatu bila terbaca atau terlintas secebis kata kata seperti atas.. Seolah satu ungkapan yang amat dalam maksudnya.. Tidakkah masih jelas pada kita, cinta itu amat besar pengertianya.. Seolah satu rangkap janji yang tidak bisa untuk dimungkiri..

Begitu amat yakin dan pasti akan suratan akan kehidupan.. Bagiku kata kata manis bak hempedu yang tiada asasnya seperti atas, seboleh bolehnya di elakkan daripada ditutur.. Kerana kamu telah menunjukkan diri kamu tidak matang dan di dalam khayalan.. Di dalam mimpi yang tidak lagi kunjung tiba di kala malam..

...Kemudian ditakdirkan kau bukan lah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang engkau angankan selama ini.. kau kecewa.. kau merana.. kau bawa hati yang luka.. lalu kau berjanji pada diri bahawa kau akan pelihara cinta dan kasih sayang engkau hanya untuk dia.. kau mahu tutup pintu hati engkau.. sungguh-sungguh kau mahu kunci pintu hati engkau biar tidak dapat dimasuki sesiapa pun...

Ungkapan ini membuatkan aku semakin jauh mengenang nasib empunya diri.. Seolah meratap sayu yang tak sudah sudah.. Menutup pintu hati kemas kemas dan kononnya setia berpanjangan.. Kita insan biasa dan bukannya hati kita akan sentiasa keras.. Kadang ada bisikkan manja yang meluahkan rasa, pasti jua akan kecundang.. 


Sedang si dia bahagia dengan kehidupan yang baru.. Sedang si dia kian melupakan kamu dengan perlahan lahan hingga hati kamu kian hancur sedikit demi sedikit.. Berubahlah duhai hati yang lara.. Kembalilah ke alam nyata.. Sedarlah akan hakikat, si dia bukan yang terbaik untukmu untuk menjadi yang halal bagimu..

Walau dengan siapa dia bersama, bangun dan ceriakan hatimu dengan satu kiasan untuk pulih.. Tiada satu keuntungan yang kamu dapat di dalam membentukan satu perisai menepis datangnya cinta yang hadir.. Dan resapkan nilai murni cinta yang tiba, pupuklah dengan kasih sayang yang baru.. Nekad pada satu azam hati untuk kembalikan semangat yang dulunya pernah ada..

Apa yang ada pada satu kesetiaan jika cinta yang kamu beri di balas dengan kecurangan? Jika cinta yang kamu jinakkan di tukar dengan resah dan sesalan berpanjangan.. Sayang dan berkasih pada mereka yang sudi memberi cinta.. Dan pupuk dengan mekarlah bunga bunga cinta itu hingga menjadi satu kepastiaan.. Berjuang untuk menjadi kemuncak cinta - bahagia hingga ke syurga..

...Pasti akan kecapi manisnya nanti selepas pahit kekecewaan dan pasti akan tiba bahagia selepas air mata hati yang lara...

Dan akan tiba masanya, pada waktu yang tepat, akan hadir seseorang pada kita di suatu tempat.. Dan Allah mendengar doa, dan janganlah berputus harap padaNya.. Cuma mungkin, kita tidak tahu hikmah dan dugaan yang Allah ujikan pada kita.. Bersabarlah.. Berusahalah.. Bertawakallah.. Dan berdoalah.. Agar kita mendapat jodoh yang baik..

...Cintailah dia yang lebih menyintai kamu, yang lebih dalam cintanya berbanding cinta kamu terhadap dirinya, setelah itu nanti kamu akan merasa lebih bahagia...

Hilangnya cinta itu memang memedihkan hati dan kita merasakan seolah dunia tidak adil pada kita.. Seolah kita sudah tidak punyai apa apa lagi.. Hancurnya sesuatu perhubungan itu, membuatkan kita berputus asa akan satu perasaan cinta.. Dan tidak percaya pada mana mana cinta yang hadir.. Susah untuk menerima orang lain setelah hati kita hancur..

Dan kita terus melayani perasaan hinggakan kita telah menutup pintu hati kita untuk orang lain.. Membiarkan saja datangnya tangan yang menghulur belaian kasih sayang.. Tanpa kita menoleh dan mengenggam erat..

Usah di layan, usah biarkan hati yang lara terus hanyut dibuai kesakitan.. Cukup sudah untuk terus rebah.. Kita bukan lemah dalam membiarkan diri terus sepi.. Apabila hadir saja insan yang mampu membahagiakan engkau, hargai lah dia, bersyukur dengan segala kurnianNya..

Itulah kita, salah dalam menilai erti cinta.. Salah dalam mencari bahagia.. Adakah kita yakin dan pasti, si dia yang pernah kita cintai dan saling menyintai adalah jodoh untuk kita? Dan yakinkah kita, bahagia itu pasti ada pada antara kita dan dia? Semua itu adalah rahsia Tuhan.. Takdir pada kehidupan kita.. Jangan mengalah dalam mencari keredhaanNya



Comments
6 Comments

6 Orang Yang Prihatin:

Nilam suhana said...

cinta itu sebenarnya bahagia dan indah.. cuma tafsiran kita yang sering kecewa dalm cinta menjadikan cinta itu parah... saya suka entri nih...kebahagiaan kita adalah rahsia Tuhan.. kita semua mampu bahagia... sekali kecewa x beerti tiada lagi bahagia...:)

Sunah Sakura said...

macam mana kita nak tahu, seseorang itu mencintai kita melebihi rasa kita mencintai dia?

s u a r a h e a R t y said...

hebat !

Unknown said...

Mohon Share ea di blog.. ^_^

Anonymous said...

syg jom kawin ar..ngan putri lilin

Anonymous said...

im hurt rite now....:(