Tuesday, July 12, 2011

Dan Kerana Kamu Kesayanganku





Cinta sejati menerima apa adanya, mendengar apa yg tdk dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan.. Dimana dia datang dari lubuk hati yang paling dalam

Diamku tak bererti aku membenarkan setiap kata itu memberi satu rasa akan ketetapan yang berlaku.. Diam aku jua bukan juga mengiyakan apa yang telah kamu lakukan dan terus menerus merencanakan akan satu kebetulan.. Dan tersisip tiada kata meluahkan rasa jua bukan bermaksud tiada langsung akan kesakitan di dalam jiwa.. Kadang tiada satu kedengaran setiap butir bicara dariku bukan bererti langsung tiada aku peduli akan kamu.. Kerana aku sayangkan kamu..

Dan bila kedengaran laungan dariku bukan juga melukakan tapi kerana aku amat menyayangimu.. Maka aku cuba sedaya yang termampu menarikmu perlahan lahan membisikkan rasa bersama mencari keredhaan-Nya.. Dengar sayup sayup suaraku, seakan menyentak nalurimu bukan kerana tiada akan kasih yang datang.. Bukan kerana pudarnya cinta yang bersemi.. Kerana aku sayangkan kamu..

Lautan kasih yang terbentang luas.. Bumi yang menghijau menyuburkan rasa.. Kerana terteranya apa ertinya nilai sayangku.. Kerana adanya erti kasiku.. Takkan aku biarkan saja kamu melalui jalan jalan berliku keseorangan.. Akan ku pimpin erat tanganmu.. Akan ku genggam kuat jemarimu.. Kita langkah bersama sama.. Kerana kasih, aku sayangkan kamu..

Walau kadang hatiku luka.. Terguris dalam yang pedih.. Meratap sayu diam diam walau kadang lagakku di salah erti.. Namun untuk mengalah bukan caraku.. Akan ku cuba dan terus menduga rasamu.. Agar kita tetap ada cerita.. Agar kita akan terus ada.. Mencari berakhirnya penantian dunia.. Dan kerana aku amat menyayangimu..

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri.. Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan.. Andai aku jumpa jalan.. Tak akan kubiar kamu sesat mencari jalan pulang.. Kerana selalu ada rasa sayang pada kamu..

Dan andai aku terleka.. Dan terlupa akan janjiku.. Tolong ingatkan aku.. Bahawa kamu adalah kesayanganku.. Kerana kadang aku takut akan rasa ini hadir telah pudar akan rasa amarahku.. Akan hilang bila senduku jemu..

Cinta manusia fitrah dan lumrah kehidupan.. Jika hilang boleh bganti tapi jika iman berkurangan kembalilah mencari sinar petunjuk-NYA.. InsyaAllah cinta sejati akan hadir bersama sama iman yang dicari.. Cinta ALLAH sentiasa kekal dihati


Doaku cuma satu agar kita terus ada kuat akan menghadapi dugaan dan rintangan, ujian dalam menghadapi setiap apa yang telah di takdirkan.. Kerana kita adalah hambaNya di uji akan kekuatan ukuran iman.. Untuk kembali padaNya dengan jiwa yang tenang.. InsyaAllah


* Entry ringkas.. Memalam ni tak tau nak buat apa.. sudah mula merindui Qistina..




Comments
7 Comments

7 Orang Yang Prihatin:

s u a r a h e a R t y said...

hebat !

anGah said...

pe yang hebat pulak akak baby :)

Sang Pencinta said...

TQ.. kadang aku kenal erti cinta yang bererti di sini..

mR.sAm said...
This comment has been removed by the author.
mR.sAm said...

dis best...terbaik lah...syok je bila baca..hehhe

Anonymous said...

ye ar,kau la lilin menerangi malam ku...

beby.syaheera. said...

best-2 !