Jodoh itu adalah rahsia dari Allah SWT.. Rahsia yang mana selalu bermain di fikiran kira berbanding dengan perkara perkara yang lain.. Dan kita selalu asyik dan lupa, kadang jodoh itu jua tidak panjang.. Tidak selalunya bersama kita..
Kisah percintaan yang kita perjuangankan pasti kita impikan berakhirnya satu ikatan yang sah dan halal iaitu akad nikah dan majlis perkahwinan.. Sedangakan berkahwin kita bukanlah berakhirnya episod percintaan di antara dua insan.. Di antara dua jiwa yang sama sama berjanji sumpah setia..
Sedang kita merasakan begitu manisnya sesuatu ikatan itu, pasti akan menjadi racun jika tidak dijaga dilaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.. Perkahwinan adalah permulaan bagi ujian dan dugaan pada kita untuk melihat sejauh mana kita mampu di uji..
Kita sering merancang akan satu kehidupan yang bahagia bersama si dia insan yang kita sayangi.. Satu kisah percintaan yang panjang di dalam sejarah hidup.. Dan kita terus di alam mimpi kerana impian mendirikan rumah tangga dengan orang yang kita sangkakan itulah permata hati kita.. Sedangkan kita manusia, merancang cumalah watak kita.. Sesungguhnya sebaik baik perancangan adalah dari Allah SWT..
Sebenarnya bukan tujuan percintaan di antara sepasang kekasih berakhir dengan perkahwinan.. Kerana di alam rumah tangga, lebih onar dan duri akan bersama di tempuh.. Di saat itu, kita di uji di mana adanya rasa kasih dan sayang yang bersemi.. Masih kukuh atau semakin pudar warna cinta yang pernah di ucap janji?
Kita tidak dapat menjangka dan meramal masa depan kita.. Walau sekuat mana kita.. Walau sehebat mana kita.. Kita jua hambaNya yang lemah..
Jangan kita terlalu yakin dan amat pasti jodoh kita itu selalu ada.. Berdoalah.. Berusahalah.. Dan bertawakal kepada Allah SWT
Pada sekeping hati, yang baru sahaja melewati saat getir akan perpisahan di antara satu ikatan.. Pesanku, bersabarlah.. Tabah di dalam mengharungi kehidupan yang baru.. Kehidupan yang mencabar di dalam menjadi ibu tunggal.. Masih ada lagi pandangan dan ratapan yang sudi.. Masih ada lagi sayang dan kasih yang tidak pernah hilang..
Kamu masih ada lagi harga diri.. Kamu kuat dan tabah.. Aku tahu kamu.. Aku kenal kamu.. Dan kamu lebih yang amat kenal dirimu.. Dan jangan tunjukkan wanita itu lemah dan tiada akan pegangan bila di tinggalkan oleh lelaki.. Kamu masih ada yang sayang..
Dan janganlah terus menyerah.. Allah SWT sayang akan kamu, kerana itulah dugaan dan ujian ada pada kamu.. Jangan ada rasa kesal dan sesal.. Bersabarlah.. Berdoalah.. Kita hanya mampu merancang..
*Moga tabah dan berbanyak bersabar duhai seorang sahabat, temanku.. meratap sayu akan kehilangan itu adalah kebiasaan bila terjadinya perpisahan.. Tapi bila sudah reda, bangun dan teruskanlah langkahmu di dalam perjalanan yang semakin sesak..