...Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir..
Cinta itu kekuatan dalam diri memberi satu perasaan yang sukar dinyatakan.. Dan selalunya kita tidak menduga bila datangnya satu perasaan yang digelar cinta itu hadir.. Dan ada satu tika cinta itu datang, kita langsung tidak menyedari hinggakan pada satu saat bila kita lepaskan seseorang.. Di saat itulah baru kita tahu dan sesal tiada gunanya lagi..
Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit menghadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang mencengkam.. Dan seolah olah dunia tidak adil pada kita.. Memberi kita satu tekanan yang kita rasakan kita tidak mampu untuk ditanggung..
Pintaku cuma hapuskan saja kesedihan yang lara.. Usaplah air mata yang mengalir itu.. Hadapilah dengan senyuman akan hari harimu.. Tak ingin lagi melihat kamu melayang dalam duka.. Kerana jauh mana kamu menjauhi, tetap kamu dalam kehormatanku..
Mana rasamu yang dulu, masih tetap segar masa kiniku.. Kerana bagiku kamu selalu ada denganku.. Ada dalam hatiku.. Kerana luka dalam sakit merindui itu amat letih dan sayu menyelami hari mendatang. Dan semakin lama jiwa kan lebih sayu..
Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang menggoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapi kita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita..
Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNYA akan lebih menjamin dunia dan akhirat