Aku cuma sebaris kata di dalam duniaku sendiri.. Mencari akan kekuatan yang dulu pernah ada.. Mencari satu rasa yang dulu pernah miliki.. Kadang beginilah caraku mengenal erti kehidupan
Sedar tidak sedar, 16hb Julai yang lalu, genap 4 bulan blog jiwa jiwa ini beroperasi.. Menyingkap rahsia, setiap luahan di nilai dalam erti yang berbeza..
Ingin sangat aku berpesan pada pembaca pembaca blog jiwa jiwa.. Dalam kita merasakan kita telah jauh, dan hilang akan satu kata.. Masih ada lagi ungkapan yang tertinggal.. Masih ada lagi satu harapan.. Jangan kita lupa akan satu kekuatan yang seharusnya kita perjuangkan.. Kita masih ada rasa.. Kita masih ada satu semangat.. Jangan kita biarkan diri kita tersungkur jauh..
Harapanku,
1- Di harap sangat sangat, setiap hasil nukilan di dalam blog ini di nilai dengan hati dalam teliti.. Aku jua manusia biasa.. Aku takut akan kelemahan diri aku.. Mungkin nukilan nukilan yang ada di coretkan, tidak betul dan melanggar syariat.. Kadang mungkin terlalu mengikut perasaan.. Mungkin salah di contohi.. Mohon agar setiap entry atau nukilan di dalam blog ini di kaji sepenuhnya dahulu sebelum di guna pakai..
2- Gaya penulisan aku di dalam blog jiwa jiwa ini sering mengunakan kata ganti nama AKU atau KITA dan KAMU.. Bukan maksudku, AKU itu merujuk pada diri aku atau KITA itu merujuk aku dan kamu.. Tapi mungkin itu caraku untuk senang menulis.. Seolah AKU itu adalah aku.. Paham ke? Di ringkaskan, seolah olah aku mengambarkan luahan itu adalah aku..
3- Luahan rasa dan hasil nukilan di dalam blog jiwa jiwa ini bukanlah dari luahan hati aku sendiri.. Aku cuma mengambarkan dan menghayati seolah olah aku berada di dalam situasi yang di luahkan.. Itulah kadang seolah aku seorang wanita, kadang lelaki kadang si isteri dan kadang juga orang ketiga.. Maaf jika ada kekeliruan..
4- Sengaja aku tidak menunjukkan siapa aku, latar belakang aku.. Ada sebab tersendiri.. Kerana isteriku sendiri sehingga tarikh hari ini, dia belum tahu aku ada blog.. Ada alasan tersendiri mengapa aku rahsiakan siapa aku.. Tapi yang sebenarnya.. Siapa aku janganlah di ambil berat.. Tidaklah penting.. Asalkan ada suka dan sayang akan cerita di dalam blog jiwa jiwa ini amat aku hargai..
5- Sering aku ulang, aku mohon maaf kemaafaan berbanyak banyak pada yang selalu komen tapi amat jarang aku berbalas.. Bukan sombong akan diri tapi sebenarnya aku sendiri tak tahu reply bagaimana, kerana asyik soalan berbentuk luahan..
6- Dan tidak lupa pada follower yang sudi follow.. Sungguh aku terharu.. dan amat aku berbesar hati kerana sudi menjadi follower.. Dan mohon kemaafaan juga, kerana mungkin aku tidak follow kembali.. Aku mohon maaf berkali kali.. Aku jarang blogwalking, tinggalkan komen, tinggalkn shoutbox.. sorry..
7- Pada yang selalu membaca, dan kunjung tiba.. Terima kasih :)
Ketika entry ini di tulis.. Follower 3268 orang.. Pageviews 412190.. dan tika ini blog jiwa jiwa berusia 4 bulan.. terima kasih..
Selalu aku berpesan pada hatiku sendiri.. Agar hasil nukilan aku membawa kepada kebaikan.. Dan amat aku takut pada bisikkan yang kadang ada rasa hairan pada diri sendiri.. Yang kadang ada rasa sombong akan hati.. Yang kadang jua selalu ada rasa bangga.. Moga aku di jauhkan dari penyakit hati yang boleh merosakkan jiwa..
Dan aku takut jika satu hari nanti aku dah meninggal, dan blog jiwa jiwa ini masih ada.. aku takut bertambah dosa aku..
Jika aku menulis kerana duit dan popular.. agar tetapkan niatku di awal berblogging dulu.. sama sama la kita memperingati dan menasihati.. Mohon tunjuk ajar..