Saturday, July 2, 2011

Jika tiada cinta jangan ada benci

Jeritan batin yang kuat di dalam hati, tiada siapa yang mendengar kerana masih tidak terluah.. Tersingkap dalam dakapan erat di dada menyembunyi kesal yang pedih.. Pabila perginya rasa bahagia itu, tersungkur jauh keseorangan tiada siapa yang memahami..

Membenci raut kemanisan di dalam kehilangan puncak sejati cinta itu sering berganti.. Mengharungi detik kesunyian dalam keseorangan hingga terdetik mana lagi untuk berlabuh..

Cinta yang hadir kadang menyedihkan seseorang bila nilai kemanisan sesebuah cinta yang di dambakan itu tidak tercapai selari dengan mimpinya.. Kadang kita akan selalu saja menyalahkan suratan atas kehilangan sesebuah cinta yang gagal.. Sehinggakan tiada langsung suara indah menyatakan cinta itu bahagia.. Dan terus mendendami erti kekosangan jiwa yang tidak tenang..

Bila kita putus cinta, kita akan menjadi terlalu benci pada manusia yang pernah mendampingi dan pernah hadir dalam hidup kita.. Kerana bagi kita, dia telah pudarkan yakin kita pada warna cinta itu sendiri.. Kita merasakan bahawa kita telah pun di butakan oleh cinta yang tiada penghujungnya dan kita meratap akan luka kuat di dalam dada.

Pada masa itu kita menyalahkan butanya cinta itu kerana pandangan kita hilang dalam samar gelapnya.. Kita lupa bahawa pada sisi kehidupan yang lebih tenang dan abadi cinta yang berlalu itu tidak pernah buta, jahat dan kotor.. Ianya mengajar kita untuk mengenal akan kehidupan, akan sabar, akan setia manusia dalam diri kita..

Jika atas nama cinta, takkan ada rasa iri hati dan benci.. Tiada akan rasa membisikkan perasaan hasad.. Seharusnya akan membenarkan bahagia itu dengan rasa memberi dengan seikhlas hati tanpa mengharap balasan cinta itu dibalas cinta..

Kerana cinta yang sejati, kita akan merasakan bahagia bila cinta kita itu ada di dalam jiwa dan orang yang kita rasakan cinta jua bahagia.. Dan tidak semestinya dengan kita..

*wow.. Hari ketiga, di rumah mertua.. Baru balik check puteri belum bernama - ada kuning sikit.. Masih lg rasa kekok..mcm tk caya dah jd bapa.. Eh ayah ke abah? Abi? Wahh.. Belum decide lgi.. Esok balik shah alam :(



Comments
9 Comments

9 Orang Yang Prihatin:

Sunah Sakura said...

alhamdulillah..tahniah angah dapat baby girl..

Niena Muhammad said...

nk tahu keinginan seorg isteri?
http://www.my-shopping2u.com/2011/07/keinginan-seorang-isteri.html

Niena Muhammad said...

tahniah :D

Anonymous said...

cinta itu memang complicated!

-------------------------------------------
nak ajak join komuniti blogger Malaysia di http://www.ohbelog.com/
join dan dapatkan traffik FREE...

Prince said...

haha..terbaik lah entry..:)..suke...

"nak rm50 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik rm50 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

berminat ?? klik link di bawah ni..:)

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!
[ Politik ] Nak Topup Pun Kena Cukai 6 % Kew ?

Meck said...

nice!

suha said...

sentiasa mencuba tok tak membenci yang pernah ada cinta padanya (^_^)


hehe seronok kn ada baby?

Mieja said...

em,xmo la benci2..
nanti org benci kat kite plak kan.
pecaye pd hukum karma ^^

M.Y.S.O.U.L said...

jangan ade benci...
klu benci jadi dendam..
bila da dendam ati sakit...
bila ati sakit ...... mcm2 bleh jadi...

--->> tahniah angah...