Tuesday, October 4, 2011

Dengar Akan Aku~





Dengar akan aku, aku bukan siapa siapa bagimu.. Kerana aku dan kamu punyai jalan yang berbeza.. Kerana aku dan kamu ada banyaknya kelainan.. Kamu bukan jua siapa siapa bagiku, cuma ada aku hanya sebaris kata bisu.. Buat tatapan hati yang lesu.. Namun kita adalah sama.. Kita adalah hambaNya yang banyak salah punyai rasa..

Di dalam dunia alam maya, apa yang kita cari sebenarnya? Di dalam angan yang panjang mimpi kan selalu indah.. Kita di dalam dunia kita sendiri tanpa kita sedari hati kita semakin menjauh pada satu realiti.. Kita semakin asyik hinggakan kita terlupa akan tanggungjawap kita sebenarnya..

Di dalam alam maya khasnya dunia blogger penuh dengan perasaan hasad dengki dan busuk hati.. Kita blogger hebat, tapi cuma di alam maya.. Realitinya kita masih lagi tidak matang.. Kita boleh menulis dan memainkan peranan seolah kita adalah seorang manusia tidak ada salah.. Di sini adalah alam maya dan bukanlah kehidupan sebenar.. Dunia maya penuh dengan lakonan yang terbaik..



Dengar akan aku, baca kiasan dalam suram agar tenang selalu.. Bercerita akan coretan aku, berkongsi luahan namun pintaku, agar dinilai dan pahami apa maksudku.. Bukan nama ku minta, tapi ilmu yang baik disebar bersama agar yang derita, semakin ceria.. Agar bahagia itu terus ada.. Walau kadang sakit itu ada lukanya..

Bisikkan kadang mencemarkan niat di kala rasa itu semakin lama semakin pudar akan warnanya.. Menjadi satu tompok hitam.. Dan kelamaan, semakin hitam.. Dan cukup susah dalam mencari mana ubatnya.. Mencari mana zahirnya tersembunyi batin yang menjadi pegangan.

Orang tidak merasakan apa yang hati sendiri inginkan.. Kita takut akan sesuatu hinggakan kita terlupa tentang soal hati kita.. Walau kita tersenyum indah, namun sedangkan di dalam hati kita menangis kesedihan..


Jika andai ada salahku, sila pimpin aku.. Tunjukkanlah padaku satu jalan agar aku tidak sesat.. Jika ada yang terasa, katakanlah.. Tegurlah aku agar aku tidak lupa diri.. Mohon agar perbetulkan aku jika aku menyimpang jauh satu cerita..


Nota:
Sekadar meluahkan apa yang di dalam benak fikiranku.. 



Comments
4 Comments

4 Orang Yang Prihatin:

aamalinaazman said...

T__________T
sungguh hati ini terkadang hitam
sungguh hati ini menodai keindahan salju Dia
sungguh mahu menjadi diri sendiri
yang disayangi-Nya...

Anonymous said...

totally right. suka ayt ini:

"..di sini adalah alam maya dan bukanlah kehidupan sebenar.."

Ujang9897 said...

memey ar....=)

Anonymous said...

ank tenggiri d dlm kolam,ank kolam d dlm tenggiri,jikalau tuan ingn mmbli ikan tenggri..jgn la mmbli d dlm kolam, by akmal rizal