Monday, March 12, 2012

Aku Punya Rasa

Kita yang selalu asyik dengan sesuatu hingga kadang kadang hilang akan mana sebenarnya niat kita pada asalnya.. Pernahkah kita dahulu inginkan sesuatu dan amat kita hargai prinsip prinsip jati diri yang kita sering pertahankan, dan kerana beberapa hal hilang akan prinsip yang dulu kita pertahankan..

Kita selalu berpesan pada hati kita agar tetap akan suara suara yang lantang kita perjuangkan namun akan beberapa hal, hilang dan sayu di mamah oleh bisikan bisikan agar keangkuhan diri itu menjadi sandaran pada kita..

Mana kita dahulu?

Jika aku kini memperingatkan kamu tentang hal dulu yang kamu yakini adalah perjuangan kamu.. Mengapa harus marah dan mengusirku?

Jika aku memperlakukan kamu seperti kamu keanak anakan, mengapa kamu amat dingin dan amarah sekali seolah menidakkan kehadiranku?

Hari ini..
Hampir genap setahun bermulanya sejarah kewujudan blog jiwa jiwa.. Kerana adanya blog ini hanya bingkisan bisu dari jauh sandaran hati ini aku suarakan..

Hari ini..
Telah jauh aku melangkah di dunia maya, jika dahulu aku hanya pembaca mereka mereka yang ada.. Tapi kita, mereka mereka membaca akan aku..

Dan hari ini..
Aku masih lagi begini.. Kerana aku menulis bukan kerana nama, namun punyai rasa untuk berkongsi bersama..

Dan ada jua mereka mereka bertanya padaku.. Apa yang aku dapat? Apa yang aku ada? Dari mana sumber aku perolehi nukilan nukilan..

Kadang aku jemu dan merasakan diri ini sedikit rasa amarah..


***
Semakin lama semakin kita akan jauh pada sandaran niat kita..



Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

Sunah Sakura said...

cukuplah kepuasan yang diperolehi dari berkongsi rasa...tidak perlu semua yang lain...semoga mereka mengerti...

syuwai said...

menulis kerana rasa, bukan kerana nama ;)

Yoep lintor said...

mereka yg tak mengerti memang begitu. tetapi bagi setiap orang yg memahami, mengerti akan nukilan coretan awk.