Yang dipeluk itu rindu teramat rindu.. Menjadi kempunan semakin erat.. Yang didakap itu sepi teramat sepi.. Tak siapa pun menyelaminya erti sebuah kebahagiaan, yang telah terlaksana segunung pengorbanan dalam laut.. Yang kepayahan dikutip karang karang cinta yang amat panjang..
Tapi kini adanya seperti tiada tiadanya seperti ada tak boleh dirasai sedikit kebahagiaan di hujung usia ini.
Pada riak wajahmu.. Dapatku teka apa fikiranmu.. Ku tahu kamu menyenangiku.. Begitu juga perasaanku terhadap dirimu.. Biar tak usah kita ucapkan ketulusan bukan pada ucapan.. Kerana kadang kata bukan luahan segalanya.. Kerana kita tahu apa kata hati.. Walau tidak terucap dengan zahir..
Ku menyatakan hasrat hatiku.. Ingin ku sunting sekuntum melati.. Sebagai penyeri di hati dan akuku hilang satu kata, tiada lagi akan kisah antara kita..
Walau kadang hatiku luka.. Terguris dalam yang pedih.. Meratap sayu diam diam walau kadang lagakku di salah erti.. Namun untuk mengalah bukan caraku.. Akan ku cuba dan terus menduga rasamu.. Agar kita tetap ada cerita.. Agar kita akan terus ada.. Mencari berakhirnya penantian dunia.. Dan kerana aku amat menyayangimu..
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri.. Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan.. Andai aku jumpa jalan.. Tak akan kubiar kamu sesat mencari jalan pulang.. Kerana selalu ada rasa sayang pada kamu..
Walau kita tidak bersama, namun rinduku masih berteman akan sunyi dan sepi.. Mencari haluan seolah ada kamu.. Namun masih lagi kosong..
Ku menangis dalam diam bila terkenang kasih yang berlalu.. Tiada siapa peduli.. Aku sendiri.. Sendirian dalam sepi.. Sunyi yang panjang memaksa aku terus lemah