Monday, July 11, 2011

Rindu Itu Masih Ada



Biar tenang jiwaku.. Biar sejuk hati sedingin angin lalu.. Biar aku begini.. Aku bukan siapa siapa bagi kamu.. Merindui kamu satu kemestian tapi biarlah ku simpan.. Menyayangi dirimu telah terlanjur namun biarlah menjadi satu rahsia.. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu.. Biarlah aku begini menanti berubahnya wahai detik hati

Rindu itu kemanisan jiwa yang kadang kala merasakan pahitnya berbekas di dalam hati.. Walau sekuat mana cuba melarikan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika keseorangan..

Pernahkah merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dalam mengorak mimpi seolah merasakan diri amat hilang akan dunia.. Merasakan ada himpitan kuat di dalam dakap dada hingga membuatkan kadang air mata berkaca.. Seolah menyesali sesebuah hubungan yang telah berakhir..

Merindui seseorang yang bukan menjadi milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa..

Kita insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.. Yang dulunya pernah melalui masa masa yang bersama.. Kadang pernah silap memberi satu rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan..

Rindu pasa satu tatap wajah yang dulu selalu bersama.. Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.. Dan kadang rindu itu memberi kita semakin bersemangat demi mencari satu identiti yang baru..

Rindu ada satu bentuk perasaan pada satu kisah atau pada satu kenangan lalu bersama dengan seseorang.. Dan kenangan itu selalu saja bermain di minda dan fikiran.. Ingin sekali kembali ke dunia lalu namun apalah daya takkan sama..

Kadang rindu pada seseorang membuatkan kita semakin sebak memikirkannya.. Semakin rasa pedih di dalam hati kerana masih ada menyimpan sisa rasa sayang atau cinta.. Dan kadang juga mengalir air mata bila rindu yang amat panjang..

Selalunya rindu berkait rapat dengan hubungan seseorang yang penuh bermakna, pernah memberi satu rasa yang asyik..

Pernahkan kamu merasakan pedih yang dalam bila masih terkenang satu tatap wajah.. Yang dulunya pernah membuatkan air mata itu mengalir dalam kesedihan.. Dan masih adakah sisa kemaafan jika peluang itu masih ada? Sungguh aku dalam diam amat merindui kamu

Dan rindulah aku pada seseorang yang benar benar menghargai aku.. Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku.. Sungguh aku rindukan kamu.. Tapi kamu yang dulu..



Comments
9 Comments

9 Orang Yang Prihatin:

NFE. said...

rindu masih tersisa tapi cinta dipersia.

Nilam suhana said...

rindu kamu yang dulu... :) memori rindu kembali menari2 di fikiran... huhu

B33HA B3n said...

wah! seperti luahan hati Beeha pula... :(

fieqa said...

sgt rindu kan dia..tp,dia sudah ade yg len..hanya mampu berdoa utk kebahagiaan die jer..:(

Mr Jang said...

yelahh. rindu.

M.Y.S.O.U.L said...

kalau boleh biarlah rindu tu berlalu ...
rindu amat menyakitkan ...
rindu pada org yang bukan milik kita lagi menyakitkan...

Anonymous said...

nak copy..nice..

Anonymous said...

rindu masih ad mmg ar pada si lilin yg menerangi malam ku yg gelita,

Anonymous said...

aku merinduimu,menyayangimu dan mencintaimu 24/7..tanpa henti slagi jntungku berdegup..selagi darahku mengalir..slagi aku brnafas...cintaku milik kamu..:(