Tuesday, March 29, 2011

Jiwa Sayu : Hati yang kamu sakiti



Hati yang kamu sakiti

Jangan pernah katakan bahawa cinta itu untuk diriku sedangkan masih ada yang memerlukan kasih berpanjangan.. Kerana kamu telah rela membahagikan nilai cinta itu padaku antara dia dan aku.. Aku masih lagi begini dalam luka yang yang dalam.. Dan di saat tika ini masih jua aku merasakan sakit yang dalam..

Maafkan saja bila ku tinggalkan dirimu.. Maafkan saja bila aku pergi jauh meninggalkan satu kisah antara kita.. Kerana kini bukan lagi kisah antara aku dan kamu.. Kerana kini antara aku dan dia, mana satu pilihanmu..

Kerana hati ini selalu kamu sakiti.. Dan terus aku terasa pedih hingga di pada satu masa tiada lagi air mata.. Kerana hati ini selalu kamu lukai, hingga tiada lagi ruang untuk berdarah.. Meratap sayu dalam kecewa yang pedih.. Tanpamu, aku terus hanyut.. Dalam meniti hari mendatang aku dalam khayal..

Kini aku harus berjuang sendiri.. Tanpa ada kamu aku harus kuat melangkah ke depan.. Ku menangis membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku.. Pergi bersamanya meninggalkan kenangan kita yang dulu pernah dalam suka dan duka..

Seharusnya kamu tahu, hati ini yang kamu sakiti kan terus menangis dalam melepaskan dirimu dari sisi hidupku.. Harus kamu tahu, hati ini yang selalu kamu sakiti.. Dan harus kamu tahu, ku akan terus bahagia walau bukan denganmu

Rossa- Hati Yang Kau Sakiti



Comments
6 Comments

6 Orang Yang Prihatin:

MISS WHATEVER said...

hati yg kau sakiti .! lagu ini penah sy bagi kat ex sy .. terimbas pula kenangan ... hohohoo :')

anGah said...

wowww.. kenangan tue.. huhu..
eh nak tanya.. camne nak post video.. haha,,

LADYHEART said...

kalo nak share,leh ke?

pu3_luve said...

knp xbley follow ea? sy ade blog gak tp xbley nak jd follwer..

anGah said...

ladyheart: hoho.. sila sila.. hoho

anGah said...

pu3: eh yaka.. ntah la.. hoho.. cuba laghi sekali tgk