Friday, March 18, 2011

Mencari cinta yang sempurna?


Dalam mencari satu suratan kehidupan pasti kita akan temui detik kekecewan akan sesuatu perkara.. Hal cinta amat menyedihkan pabila apa yang diimpikan tidak tercapai oleh kita.. Kadang sering saja cinta yang hadir musnah di separuh jalan.. Dan kadang juga, sering dipermainkan dan dipersiakan..

Dan dalam menghadapi hari mendatang seolah tiada lagi nilai yang terbina.. Di kala itu, hati kita asyik menyalahkan orang lain atas kesakitan yang melanda.. Menyalahkan masa yang berlalu.. Menyalahkan sesuatu yang tiada puncanya..

Dan selalu jua kita akan menjadi takut sehinggakan tiada rasa percaya lagi kepada cinta baru yang hadir.. Terasa takut yang amat sangat.. Takut di kecewakan.. Takut dipermainkan.. Dan takut segalanya..

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan.. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa.. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran..

Cinta cuma satu bentuk perasaan yang hadir dalam diri seseorang insan.. Bagiku cinta yang tidak sempurna bukanlah cerita dalam mencari sesuatu dalam hidup kita.. Kita yang hanya akan mencorakkannya..



Comments
5 Comments

5 Orang Yang Prihatin:

Chempaka Sari said...

ayat berangkai...merungkai rahsia jiwa...heeee...

anGah said...

hehehe... saya baru belajaq cikgu~

aresaliyana said...

tersentuh...hehehe...
nway, nice entry :)

Pacey said...

i love all your POST..U ad curi2 baca diari idop I ea?hikhik.. :)

anGah said...

aresaliyana: thanks :)

pacey: hehehe.. hari tue i ada terbaca diari u.. u tertinggal kat toilet.. sorry