Wednesday, March 23, 2011

Jodoh.. Perlu ada usaha


BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL -

Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”

Selain daripada itu masih ada cara lain yang gunakan di beberapa tempat seperti :

  • Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkawinan berlangsung atas persetujuan anak.
  • Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
  • Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
  • Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri.. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya..

Jadi, masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya.. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam..

Cinta tidaklah selalu bertemu jodoh tapi jodoh selalunya bersama cinta..

~sekadar pendapat dan pandangan aku..



Comments
0 Comments

0 Orang Yang Prihatin: