Satu kisah kawan punya kawan punya kawan...
Semua orang pasti pernah merasakan bahang asmara cinta yang hadir.. Kadang kisah lara sering kita dengar.. Dan tak kurang pula kisah bahagia.. Namun selalu menjadi persoalan, sejauh mana bahagia yang telah tercipta..
Setiap insan yang sedang bercinta pasti inginkan kesudahan bahagia.. Adakah bahagia mereka itu terletak pada perkahwinan? adakah sehingga mendapat zuriat? Itulah kita, insan lemah yang tidak tahu rahsia masa depan kita.. Dan kadang jodoh tidak panjang..
Kita tidak mengharapkan perpisahan terjadi.. Namun sejauh mana janji dapat kita tunaikan.. Betapa sedih dan rasa amat terkejut bila aku mendapat tahu satu kisah sahabat aku mengenai seorang lelaki (pernah mengenali) telah bercerai dengan bekas isterinya (tidak kenal) hanya melalui sms..
Dengar desus cerita, si lelaki berjauhan dengan bekas isteri kerana kerja.. Lain lain negeri Pahang dan Pulau Pinang (kalau tak salah) dan hanya berjumpa sebulan sekali atau dua.. hasil perkahwinan mereka 2 tahun lebih (kalau tak silap aku) mendapat seorang anak lelaki (juga kalau tak silap) dan anak dalam jagaan si bekas isteri..
Bukan aku ingin menceritakan keburukkan orang.. Cuma ingin aku sentuh di sini.. Dulu pasangan ini bercinta bertahun lamanya.. Bercinta dari zaman universiti lagi.. Kemudian hinggalah ke zaman kerja..
Si lelaki ini sebenarnya ada hubungan ala ala skandal dengan si isteri orang (kenalan aku masa sekolah).. dan sekarang si isteri orang itu juga bercerai.. Dengar cerita juga, mereka berdua memang sudah mula berskandal neh masa si lelaki kerja berjauhan..
Aku dah pening.. Kerana aku sayangkan hubungan si lelaki dengan bekas isterinya -anak seorang umur 2 tahun.. dan isteri orang tu (kenalan aku masa sekolah) perkahwinan hampir 5 tahun - 2 anak yang chumey 3 4 tahun (rasanya) dan 1 2 tahun (agak agak)
Sebenarnya apa yang ingin aku sentuh ialah, cinta juga semakin pudar jika tidak disemai..
Cinta tidak boleh dipaksa namun cinta boleh dipupuk.. Mengapa kita sering salahkan cinta yang pudar dalam mencari cinta baru.. Perlukan sedikit kesabaran dalam menwarnainya..
*Maaf jika entry ini kurang memuaskan.. Pada pasangan tersebut.. apa boleh buat., asalkan hampa bahagia nowh... Nak nasihat pun dah lepas.. Nak cakap apa laghi.. pandai pandai hampa la.. Sorang lect.. Sorang pegawai besar gov...