Tuesday, March 29, 2011

Jiwa lawak : Calon isteri pilihan


Susahnya Mencari Calon Isteri?

1. Kalau bakal isteri seorang guru. Alamatnya, kat rumah akan bising kot. Mana taknya, dilayan kita macam anak murid. "Kamu, jangan baca suratkhabar. Sila ke dapur untuk membantu saya!". Dengan suara yang kuat. Ya, aku perasan, ramai cikgu yang dah hilang tombol volume suara kat tekak mereka.

2. Kalau bakal isteri seorang pekerja kilang. Waktu malam kita nak tidur pun susah. Mana taknya, dia dok kemas rumah. "Abg, siang saya kerja. Malam nih lah nak kemas rumah segala. Harapkan abg? Hampeh!" Kita plak yang kena! Tapi yang bestnya, tgh malam pun tak yah risau nak cari makanan. Bini tersayang kan ada.

3. Kalau bakal isteri seorang akauntan. Mak aih, segala kewangan perlu dikawal. "Abg, jangan berbelanja lagi sekarang, kita bertahan. Nanti, masa kadar matawang kita tinggi, kita akan berbelanja di Singapura. Juga, pastikan investment untuk hartanah rujuk kepada saya dahulu" Itu ok lagi.. Kalau. "Tempoh peminjaman duit saya kepada abg sebanyak RM 10, 5 hari lepas belum berbayar. Mengikut kadar bunga yang telah ditetapkan, iaitu 10% kenaikan bagi setiap hari, abg perlu bayar RM 15. Jika tidak, kadar bunga akan semakin bertambah" Tak ke naya?

4. Kalau bakal isteri seorang ahli sukan. Adeh, bila masa kita nak rehat yek? "Abg, baru balik kerja ye. Cepat tukar baju, kita berjogging. Kesihatan perlu dijaga. Setiap minit abg berlari, kalori dibakar adalah bersamaan dengan kalori bagi setiap roti canai yang abg makan" Adeh. Kalau tgh berperang besar. Nak pulak atlit lontar peluru. Agak2nya, sempat tak nak capai kunci kereta larik?

5. Kalau bakal isteri kita suri rumah sepenuh masa. Tak pernah lihat dunia luar sebelum kahwin. Bayangkan kita bawa ke majlis yang menghidangkan makanan itali. "Abg, Leha nak makan murtabak tu.." Merengek, dan kuat. Sedangkan itu lasagna. Belum lagi jerit kat pelayan panggil mintak sos cili. Lagi parah, kalau bawak beg plastik, isi makan yang bersusun kat meja buffet. Kat mana nak letak muka kita ni yekkk.


p/s amacam bro?ada bran?

hanya sandiwara semata-mata tiada kena mengena dengan idop atau yg mati :)


*share dari admin RaRa.. lepak la page tu page angah gak.. hoho





Comments
14 Comments

14 Orang Yang Prihatin:

floracintaku said...

gila lawak...hahaha

azie said...

. .haha ,sngguh lawak ,ta dpt dbygkn klao lh ia bnr2 trjdy dlm khidupn realiti !!

Izzy Izzudin said...

nsib baik bakal gurlfren aku ni pakar masakan...senang ati den...hehehee

anGah said...

floracintaku: haha.. lawak kan..

azie: takde ahh.. hehe.. just hiburan saja..

izzy: hahaha... gf baru.. bukan bini... lu kena ingat..huhu

Chempaka Sari said...

angah, haha..terasa woo cikgu...=)

sakura said...

untuk nurse xde ke? hihi

zulhaidi said...

hop last tu bahye~~nggeee

Idah said...

tak de maknenya semua tu...back to normal...isteri kerja apapun...isteri tetap taat pada suaminya...tp kalu cam tu gaya bini dgn pekerjaan masing2 baik cari bini yg totally tak kerja....

NUNU said...

HAHA ! klau mcm tu , xkhwinla sume .

The Medical Duo said...

Hehe..kalu istri sy sowg doc camne plak 2?

Azura Mendezz said...

I dh baca kali ke berapa dh bila lalu2 kt blog u but stil tgelak2 bce entry ni..
hahahahhahahh!! =P

eykin said...

hehe tak leh blah...

Watashi Pelangi said...

hehehe.. lawak la..

nabila said...

kelakar betul..kalau kawin dgn polis ataupun doktor pulak?