Thursday, March 17, 2011

Petua Mengubat Hati Yang Luka



1. Lupakan Kenangan Pahit.

Mengaku sajalah yang anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Sikap risau boleh menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah. Ia juga memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kadang-kadang rasa takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif seperti takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati dan lain-lain.

Sebenarnya anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Anda juga mungkin susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

share dari Pak ngah



Comments
9 Comments

9 Orang Yang Prihatin:

ilhani_nurash said...

maseh mencuba petua di ats..tq.. :)

c0ke_teh0ais said...

btul3,,,itulah yg sy buat,ek eh mcm taw2 je ek,,hehe~

Farah Farzana Faresh said...

ltak layouts

~anGah said...

haha.. tak reti nak letak layouts.. apa tu.. wakakalala

alia said...

otw mencuba...huhu

MISS WHATEVER said...

mencuba dan terus mencuba . :)

anGah said...

alia: gud luck :)

miss: yeahh.. itu y kita mahu.. hoho

M.Y.S.O.U.L said...

petua yang bagus...

petua paling best belajar menjadi pemaaf...
yup,,jgn ade rase dendam...selagi ade dendam selagi 2 la ati x tenang,,jiwa kaco..huhuhu...

Anonymous said...

sy terima dia seadanya, np dia tipu juga..dh belajar lupakan dia...bl dh pulih luka tu, dia muncul kembali, kdg2 dia igtkan balik kisah2 lama, kdg2 dia sengaja buat2 tersalah hantar msg gf dia kat sy..mcm mne nk maafkan dia? dr luka skit terus luka parah..adilkah klau kita je yg asyk mengalah??smpai bl dia nk lukakan ati kita yg br nk sembuh?asyk kne cantas je?mcm ni blh mati!!