Saturday, March 19, 2011

Lelaki penuh muslihat?


Tanda-Tanda Lelaki Itu Tidak Mahu Kahwin Anda

1. Terus membisu apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediaannya untuk berumahtangga.. Jika bersuara kadang tiada sebarang jawapan yang berkaitan.. Membisu seribu bahasa..


2. Tidak langsung ada niat untuk menemui orang tua anda, walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.. Walau hari Raya atau majlis tertentu di rumah anda.. Mesti ada saja alasannya.. Kalaou datang pun, cepat cepat ja nak balik..

3. Tidak pernah memegang janji.. Selalu melupakan dan membatalkan janji dengan anda.. Selalu menyakitkan hati anda.. Selalu lupa dan tidak ambil berat.. Seolah anda ini tidak penting lagi..

4. Tidak pernah memerlukan orang lain.. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tetapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya.

5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.. Kadang anda cuma kenal dia seorang.. Macam dia takde kawan ja..

6. Mudah bercinta dengan wanita lain.. Mudah jatuh cinta.. Mudah sangat berbicara tentang wanita..

7. Tidak mahu langsung berbincang masalah peribadinya dengan anda.. Jauh sekali mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda.. Walau kadang anda perasan ada something dia sembunyikan.. Namun dia tetap pandai menyimpan rahsia..


8. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan dirinya kepada anda.. Semua ceritanya seolah tiada jalan menyelesaikan masaalah..



*Ini cuma pendapat peribadi aku ja.. Mana tahu tak betoi kan.. Hahaha



Comments
3 Comments

3 Orang Yang Prihatin:

mR.bUnY said...

1 smapai 7 sy sokong,tapi no 8 kurang sokong bkn membangkang tp mnyuarakan pndpt,lelaki yg slalu menceritakn keburukan diri adalah supaya si dia akn menerima dirinya seadanya dan betui2 mngenal akn dirinye.....hehhehe

Anonymous said...

Semua di atas tak betul...
Semua berlawanan dengan apa dia penah buat,
Dia selalu cakap nak keja kumpul duit kawin, penah begurau dgn family sy psl nk blaja besalam dgn wali sy, penah & byk kali tidur & makan kt rumah sy, sentiasa ada d setiap event d rumah sy, ada jgk tunaikn jnji walaupun kadang2 dia lupa, selalu perkenalkn sy pd kwn2 @ family dia kalau jumpa, selali berkongsi masalah dgn sy...tp akhirnya, dia tinggalkn sy jga

::Mastura Zakaria:: said...

hurmmm...ya ka macam ni...x sgt rasanya.....