Petua Untuk Luahkan Rasa Cinta
Jatuh cinta pada seseorang dan anda tidak tahu cara untuk menyatakan cinta yang dirasai itu padanya.. Permulaan langkah yang baik untuk melepaskan apa yang tersirat.. Tapi bagaimanakah cara atau perancangan untuk katakan cinta itu.. Tersilap langkah atau cara, buruk akibatnya.. Silap haribulan kena reject :P
- Ungkapkan cinta dengan sesuatu - Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya.. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang.. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.
- Ungkapkan cinta secara langsung - Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung.. Bila kena pada tempatnya dan masanya ucaplah kata cinta sambil bersahaja.. Dengan cara ini lebih berkesan kerana mata dan bertemu mata, dan dari raut wajahnya anda dapat mengetahui getarannya.. Tapi masalahnya adakah anda berani?
- Kenali si dia dengan baik - Sebelum menyatakan cinta anda, terlebih dahulu buat sedikit kajian tentang status anda.. Ini penting untuk mengetahui kerana tersilap langkah, pasti menyesal.. Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu.. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.
- Siapkan Mental - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan.. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.. Memang mendebarkan saat tika rasa ingin menyatakan.. Tapi cuba berani sikit.. Hehe
- Berdoa sebelum mengungkapkan cinta - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh.. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan.. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda
*Cuma sekadar pendapat aku, mungkin ada yang betul atau ada yang tak betul.. huhu