Tanda kena reject dari sorang awek
Dalam kehidupan seharian, kita akan selalu melewati bertemu dengan ramai kenalan atau orang baru.. Lelaki juga tidak dapat dinafikan ada kalanya akan bertemu satu tatap wajah yang mengoncangkan jiwanya.. Pada fikiran kamu, seorang perempuan tersebut adalah jodoh anda..
Hati seorang perempuan amat sukar dimengertikan dan di pahami.. Kadang cara lagaknya selalu di salah tafsir oleh golongan lelaki.. Dan selalu lelaki akan tewas dan kalah dengan cara layanan seorang perempuan terhadapnya..
Bagi golongan perempuan pula, amat susah untuk berkata tidak.. Kononnya tidak mahu mengecilkan hati seseoarang jejaka yang cuba mendekatinya..
Naluri ingin rapat dan mengenali seseorang adalah sangat biasa bagi seorang lelaki mahupun wanita.. Apabila sudah mula kenal, anda ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi, mencintainya serta ingin sentiasa berada disisinya..
Namun adakalanya anda hanya menyimpul impian. Gadis yang kita minati itu umpama jinak-jinak merpati.. Dia nampak seperti menyenangi anda tetapi sebenarnya dia hanya menganggap anda tidak begitu istimewa di hatinya.
Di sini ada beberapa contoh yang tepat dimana seorang perempuan memang dah reject lelaki itu.. Sila insaf ye.. hoho
- Dia tidak membalas panggilan anda - Berbunga bunga rasa di hati bila dapat bercakap dengan si dia kan.. Tapi bila anda telah membuat panggilan ke telefon si dia.. Tapi malangnya si dia tidak menjawap panggilan anda.. Bukan sekali tetapi banyak kali.. Tak pula si dia return call.. Lagi menyedihkan, berkali kali anda tinggalkan sms tapi tak berbalas.. Hint yang agak kejam di situ..
- Dia cuba menjodohkan anda dengan kawannya - Jika anda menyuarakan isi hati, tiba-tiba si dia kata anda dengan kawan dia nampak sepadan.. Atau kadang kadang cuba jodohkan anda dengan orang lain.. Dia akan bersungguh-sungguh memuji orang lain dan menyakinkan anda bahawa anda tersilap memilihnya.. Nampak sangat dia sebenarnya tidak tertarik dengan anda.. Tak perasan lagi ke?
- Tiada bahasa tubuh - Selain kata-kata, bahasa tubuh memberikan banyak petanda.. Dari pandangan mata, sentuhan tangan dan sebagainya sudah menggambarkan dia memang bahagia.. Kalau tiada semua itu, bermakna anda hanya kawan biasa baginya.. Bila bersua, muka si dia masam je.. Takde senyum tawa yang tertera.. Ala.. kalau org tu senyum dekat kita, kita boleh nampak ikhlas ke tak ikhlas..
- Menolak pelawaan anda dengan baik - Apabila sudah sayang, sebenarnya orang sanggup berkorban apa saja.. Namun kalau dia menolak dan berasa takut-takut dengan anda tatkala anda mengajaknya keluar, faham-faham sajalah penting atau tidak anda di sisinya.. Ajak tengok wayang tak nak, ajak makan cakap dah kenyang.. Hehe.. Kira okey la tolak cara baik kan..
- Tidak mahu jalin perhubungan terlalu rapat - Dari salam perkenalan anda ingin menjalin perhubungan yang lebih erat.. Malah kalau boleh menyayanginya dengan sepenuh hati.. Namun kalau dia sudah menolak anda awal-awal lagi dan memberitahu tidak mahu menjalin hubungan yang lebih serius, fahamlah sendiri maksudnya
So tak paham lagi ke wahai lelaki kalau sorang awek tu buat mcm neh.. Besa la perempuan kalau dia rasa dia cantik sikit mula la nak demand.. hoho
*Pada yang tidak setuju dengan pandangan aku neh sila lah komen.. aku tak tau.. aku lelaki neh.. men tembak ja kalau awek tu reject lelaki nie selalu dia buat kan.... hoho